Tuesday, June 17, 2008

SISTEM PENGURUSAN KAMBING

PENGURUSAN TERNAKANPengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti berikut:a.Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)b.Cerai susu hingga buntingc.Pengurusan kambing dewasad.Pengurusan kambing bunting hingga kelahirane.Pengurusan baka-baka jantanf.Pengurusan semasa penggemukan untuk dijualLahir hingga 3 bulani.Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaannya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah pening kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibody yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang system pencernaan supaya bekerja dengan sempurna.ii.Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan ‘iodine’ supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti panyakit.iii.Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan dimana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.iv. Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiar meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepaskan meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan susu.Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1-2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 g.m (lebih kurang 1 cawan the) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.Selepas Cerai Susu Hingga DewasaSelepas cerai susu dalam lingkungan 3-4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian dari ibu dan juga susu.Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mehu dijadikan baka bolehlah dijual.Pengurusan Kambing DewasaPenjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1 tahun.Ibu Bunting dan Selepas Kelahiranibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak-anak dari dipijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan bermutu da lebih baik hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentekan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dri kesejukan.Baka Jantani.baka-baka janan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya apabila hendk dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk20 ekor betina.ii.Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi, ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.Pengurusan PenggemukanJika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing adalah mudah.Factor penting di dalam Pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 – 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilai protein yang tinggi.Pengurusan Kambing Sakit/CederaKambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan deberi rawatan segera. Pihak Pejbat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya.PENGURUSAN AMPengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:a.Kawasanb.Buruhc.jadual Pengurusand.Pengenalan Ternakane.Pengasianf.Mematikan Tandukg.Memotong Kukuh.Menggunting Bului.Kawalan KutuKawasanKebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Peparitan atau longkang disekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan pencapuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.BuruhBuruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah. Sebagai contoh sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.Jadual PengurusanPenyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlulah diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mendkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sisitematik. Jadual lain seperti jangka masa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah di atur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.PengenalanSekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastic ataupun ditatoo di telinganya supaya mudah pengenalan.PengasianPengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4- 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.Mematikan TandukPertumbuhan tanduk perlu dimatikan diperingkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya,disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh ia perlu dipotong.Memotong KukuKambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.Menggunting BuluKambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu disekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.Kawalan KutuMasalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.RINGKASAN 8Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan am pula meliputi pengurusan kawasn, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.

No comments: