Thursday, June 19, 2008

RESEPI KEJAYAAN.....

RESEPI KEJAYAAN
ULI DAN KENTAL SEGENGGAM USAHA DAN SEMANGKUK KETEKUNAN.RENJISKAN DENGAN SELITER KEYAKINAN DAN SECAWAN KETEKUNAN. UNTUK MELAZATKAN LAGI TAMBAH SECUBIT SENYUMAN
Katanya,Jangan kamu duduk disamping orang yang berilmu, kecuali ianya mengajak kamu menghilangkan LIMA perkara dan menanam LIMA perkara :1] menghilangkan RAGU menanamkan YAKIN2] menghilangkan RIYA' menanamkan IKHLAS3] menghilangkan CINTA DUNIA menanamkan ZUHUD4] menghilangkan SOMBONG menanamkan RENDAH DIRI5] menghilangkan PERMUSUHAN menanamkan PERSAHABATAN
BAB 1: PERUBAHAN SIKAP
Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan kepada setiap individu. Ia tidak kira dalam seisi formal atau tidak formal. Dalam menuntut ilmu apa yang ada adalah sikap untuk berkongsi maklumat dengan orang lain. Kita juga berpeluang untuk belajar dari sahabat yang berkongsi maklumat dengan kita. Itu adalah saat yang menyeronokkan dalam situasi pembelajaran.
Kekuatan akal dan sifat cintakan ilmu itu penting dalam menuntut ilmu. Banyak kisah tauladan yang boleh dijadikan contoh dan pengajaran. Namun dalam cenderung untuk memiliki ilmu kita haruslah mengubah sikap. Ini kerana sikap adalah jalan utama bagi merealisasikan perubahan diri.Sikap mempunyai tiga eleman penting:1. Pemikiran2. Perasaan3. Tingkahlaku
Ia perlu berubah bersama-sama agar ketahanan diri positif dapat menjamin ke arah kecemerlangan. Kesepaduan unsur jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah gabungan yang terpenting dalam menuntut ilmu. Seharusnya kita berusaha membentuk sikap yang baik kerana sikap bertindak sebagai pendorong kepada manusia untuk bergerak menjadi baik atau tidak baik.
Berubah PemikiranPemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada penikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.
Berubah PerasaanPerasaan juga disebut sebagai emosi yang sering menguasai diri. Ubah perasaan yang negatif kepada yang positif. Terdapat tiga perasaan yang perlu dikikis iaitu:
Perasaan rendah diriUbah perasaan rendah diri kepada perasaan yang boleh membina keyakinan diri. Kita berhak cemerlang seperti orang lain. Jangan biarkan perasaan rendah diri menguasai dalam bersaing mencapai kecemerlangan. Pupuklah semangat ingin bersaing itu adalah baik untuk masa depan.
Tidak mahu mengaku kelemahan diriSikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.
Berpuas hati dengan apa yang telah didapatiKeadaan zon yang selesa menyebabkan manusia tidak mempunyai motivasi yang tinggi, tidak mahu berubah dan berganjak kepada jalan kejayaan. Manusia perlu berusaha untuk mengubah nasib dan bukan hanya merasai hidup sudah sempurna.
Berubah TingkahlakuTingkahlaku merupakan penampilan dan hasil terjemahan perubahan emosi dan perasaan dan pemikiran. Tingkahlaku mempunyai unsur-unsur luaran yang boleh dilihat dengan mata kasar. Perubahan perasaan dan pemikiran akan mengubah tingkahlaku. Keberanian itu perlu kerana ia adalah ÎibuÌ kepada perubahan tingkahlaku. Justeru itu, kita boleh simpulkan bahawa tingkahlaku adalah pancaran dari perubahan perasaan dan pemikiran.
MATLAMATMatlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.
Ciri-ciri Matlamat
Boleh diukurIa perlu dinyatakan dengan bertulis dan dapat diterjemahkan secara jelas dan dapat dilihat. Ciri ini akan membolehkan kita mudah bertindak.
SpesifikCiri ini perlu pada matlamat yang khusus agar mudah dicapai. Jika tidak dikhususkan, maka matlamat tidak mempunyai asas yang kukuh.
RealistikTiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan selain usaha sendiri. Oleh itu jadikan matlamat sebagai suatu kenyataan.
Jangka masaMatlamat ditetapkan berdasarkan jangka masa yang selaras. Keselarasan jangka masa itu penting agar usaha dapat dilakukan berterusan dan sejajar dengan matlamat.
BerdoaBerdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.
Mengenal potensi dan sikap diriPerasaan positif lahir dari kebolehan diri sendiri (Mizan 1996). Rasa suka dan gembira akan menimbulkan motivasi dalaman pelajar. Kesungguhan dan motivasi dalamam yang positif dapat membentuk sikap untuk bertindak dan bertingkahlaku yang lebih positif.
KesimpulanPerubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.
(Bersambung akan datang)
KENALILAH PENCIPTA UNTUK MENGENAL DIRI KITA...DENGAN MENGENAL PENCIPTA HATI MENJADI TENANG…SESUNGGUHNYA RASA KEHAMBAAN DATANG DARI RASA…JIWA YANG MENGENAL PENCIPTA…DENGAN ITU BARULAH DATANG SEMANGAT UNTUK BELAJAR…KERANA BELAJAR ADALAH TUNTUTAN PENCIPTA IAITU ALLAH S.W.T.

Wednesday, June 18, 2008

Penyakit adalah merupakan keadaan yang tidak normal dialami ternakan. Penyakit itu mempunyai tanda-tanda tertentu atau lebih dikenali sebagai symptom penyakit. Tanda-tanda ini digunakan oleh pegawai veterinar untuk menentukan jenis penyakit diperingkat awal dan rawatan yang akan diberikan. Saringan darah dan beberapa ujian lanjut diperlukan dalam menentukan penyakit sebenar dan proses ini memerlukan sedikit masa.
Di dalam satu-satu bidangusaha berbentuk komersil, seperti system kaprima ini, sebenarnya makna penyakit itu amat luas dan ia seharusnya merangkumi keadaan di mana ternakan yang "kelihatan" sihat tetapi tidak menunjukkan prestasi atau produktiviti yang optima. Misalnya, ternakan kambing yang muda dan menunjukkan pertumbuhan berat badan yang di bawah paras biasa (sistem yang sama ) semistinya dianggap kurang sehat atau berpenyakit. Keadaan seperti ini biasanya amat sukar untuk ditentukan punca atau penyebabnya. Bagi keadaan ini, proses membuat diagnosis memerlukan ujian-ujian yang lebih terperinci dan hanya boleh dilaksanakan dengan bantuan Makmal-makmal Veterinar Kawasan.
Program latihan dan pendedahan dalam bidang ini bukanlah bertujuan untuk menjadikan seseorang peserta itu mahir dalam rawatan ternakan kambing, tetapi sebagai panduan, bagi membolehkan peserta mengambil tindakan awal dan berikutnya untuk mengatasi sesuatu masaalah kesihatan dan produktiviti ternakan mereka.
PUNCA ATAU PENYEBAB SESUATU PENYAKIT
Amnya, sesuatu keadaan yang berpenyakit atau tidak berproduktiviti optima berpunca daripada tiga punca (penyebab) utama, iaitu:-
· Kesilapan Pengurusan
· Kesilapan Pembiakbakaan, dan
· Kuman.
Misalnya, kekurangan zat makanan, yang mungkin berpunca daripada ketiadaan modal untuk memperolehi palet kambing, menyebabkan sekumpulan kambing pembiak tidak mendapat zat-zat yang diperlukan untuk menjaga tahap kesihatan yang normal, jauh sekali daripada adanya kelebihan zat untuk keperluan pembiakan. Di dalam keadaan ini, kita akan dapati gerompok ibu pembiak menunjukkan kadar kelahiran yang rendah berserta dengan kadar kematian anak yang tinggi. Kesilapan program pembiakbakaan, misalnya berlaku perkahwinan antara ahli keluarga, berkesudahan dengan purata berat kelahiran anak rendah dan kadar pertumbuhan yang turut lambat ( terbantut). Dari sudut punca kuman pula, kerap kita dapati anak-anak kambing mengalami pembuangan tinja yang bercampur darah ekoran tahap kebersihan kandang yang tidak memuaskan.
Dalam keadaan sebenar berkemungkinan punca sesuatu keadaan yang tidah sehat itu boleh merangkumi ketiga-tiga punca tersebut atau pun secara berasingan.
Dari sudut kajibaka pula kita boleh mengupas punca keadaan yang tidak sehat ini dalam bentuk formula kajibaka, seperti berikut:-
Phenotype = Genotype + Environment
Formula tersebut boleh diperincikan seperti berikut:-
Phenotype = Genotype + ( E1+E2+E3+E4….)
Di mana E1 ialah kesan atau hasil yang berpunca daripada makanan dan pemakanan, E2 terdiri daripada punca atau kesan kuman, E3 terdiri daripada punca lain-lain pengurusan, manakala E4 terdiri daripada cuaca persekitaran dan musim dan seterusnya.
Phenotype bermaksud sifat-sifat yang diukur, seperti kadar kenaikan berat badan, berat semasa lahir, jumlah susu yang dihasilkan,bentuk tubuh badan,berat badan ketika matang dan berbagai sifat lagi yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada bidangusaha. Manakala Genotype bermaksud kesan pembiakbakaan atau kesan penggunaan sesuatu baka ternakan, dalam kes ini ternakan kambing.
Pengalaman saya menunjukkan kesan E (Environment ) atau persekitaran ternakan adalah terpenting dan sesuatu yang para pengurus projek boleh ambil tindakan atau berbuat sesuatu mengenainya dalam usaha meningkatkan produktiviti serta keuntungan bidangusaha masing-masing.
KEPENTINGAN REKOD (CATATAN) DALAM MENENTUKAN SESUATU PENYAKIT
Sebagai satu prasyarat utama dalam aspek ini ialah pengenalan ternakan dan pengenalan kotak-kotak atau petak kandang.
Sebagaimana yang kita ketahui ternakan tidak mampu menyatakan sendiri kepada tuanya atau doctor haiwan mengenai kesakitan atau penyakit yang dihidapi. Symptom penyakit kebiasaanya digunakan untuk menentukan jenis penyakit yang dihadapi. Selain daripada itu, sejarah atau pun rentetan kejadian, misalnya perubahan jenis makanan, perubahan cuaca, kemasukan ternakan dari luar, rekod pelalian dan segala kejadia lain di lokasi, adalah merupakan perkara terpenting yang turut dikaji dalam menentukan permasaalahan yang sebenar dihadapi. Di kebanyakan kes, kajian sejarah ini awal-awal lagi akan memberikan petunjuk kepada pegawai veterinar tentang masaalah yang dihadapi.
Oleh sebab itu amatlah mustahak setiap pengusaha membuat catitan yang berkenaan dan menyimpan rekod yang ringkas dan sesuai. Para pengusaha perlulah mempelajari jenis rekod yang perlu disimpan, melalui kursus yang di adakan.
KESIHATAN GEROMPOK ATAU INDIVIDU?
Sesuatu penyakit boleh dilihat sebagai masaalah seseekor ternakan atau keadaan yang melibatkan sejumlah besar kumpulan atau gerompok ternakan. Kedua-dua keadaan ini penting, tetapi didalam menguruskan sesuatu projek yang komersil dan berdaya maju, pendekatan diagnosis serta rawatan dan pencegahan penyakit yang berbentuk gerompok lebih diutamakan, kerana implikasi kerugian yang akan dialami. Biasanya masaalah gerompok ini berpunca daripada punca yang umum, khususnya pengurusan.
Dalam system pemeliharaan yang intensif, seperti system KAPRIMA ini, pengurusan dan pengawalan sesuatu penyakit amat sesuai dan ekonomik diambil dari sudut atau pendekatan yang proaktif dan preventif dalam mengelakkan kejadian sesuatu penyakit. Jika ternakan, kebiasaanya baka dan bibit, yang dibawa masuk ke ladang/kandang itu sehat, maka tiada sebab kenapa penyakit itu tidak dapat dihindarkan sama sekali dari ladang berkenaan.
PEROLEHI BAKA & BIBIT DARI GEROMPOK YANG DIKETAHUI & DISAHKAN SIHAT OLEH JPH
Bagi projek yang kesemuanya baru, perolehan ternakan (Baka dan Bibit) daripada gerompok yang disahkan sehat adalah merupakan strategi terpenting, dalam usaha mewujudkan gerompok kaprima yang sehat dan produktif. Jika ini dilaksanakan bermakna bidangusaha anda akan senantiasa bebas daripada penyakit-penyakit yang berbahaya dan merugikan, kecuali gejala-gejala yang timbul dari kesan pengurusan gerompok yang tidak betul. Usaaha yang berbentuk preventif ini sudah pasti akan dapat mengurangkan perbelanjaa rawatan dan akhirnya kos pengeluaran kaprima itu sendiri.
Bagaimanakah anda boleh melaksanakan strategi ini? Nasehat saya ialah anda seeloknya, dalam tindakan ini, melibatkan pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) yang berdekatan. Kenapa? Kerana pegawai-pegawai ini telah dilatih untuk mengenal ternakan yang sehat daripada yang tidak sehat, terutamanya ternakan yang kelihatan sehat tetapi sebenarnya tidak sehat. Kes sebegini hanya boleh ditentukan dengan membuat saringan darah dan ujian tertentu sahaja. Buat masa sekarang perkhidmatan ini hanya boleh diperolehi dari JPH sahaja.
Jika anda tidak berjaya untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pegawai diperingkat JPH Daerah, anda masih boleh menguruskan usaha memilih gerompok yang sehat dengan menghubungi pegawai Kawasan Tumpuan Sasaran(KTS) yang terdekat. Kini terdapat 25 zon-zon KTS di seluruh semenanjung ( senarai seperti di lampiran ). Hampir kesemua zon-zon KTS ada ditempatkan seorang pegawai khusus untuk memberikan khidmat dan nasehat dalam pembangunan projek kambing.
KEBERSIHAN KANDANG
Kejadian penyakit bergantung kepada kebersihan dalam dan di bawah kandang. Lantai kandang perlu senantiasa bersih dan kering. Pergerakan udara yang baik akan memastikan lantai senantiasa kering dan mengurangkan kesan gas ammonia yang berpunca daripada takungan air kencing dan tinja ternakan yang terdapat di bawah kandang. Kebersihan kandang ini dapat mengurangkan jangkitan penyakit-penyakit yang berpunca daripada penghiduan udara yang mengandungi kuman dan bahan toksik.
TINDAKAN SANITARY AND PHYTOSYNATARI (SPS) LAIN
SPS ini boleh bermaksud segala usaha yang diambil dan menjurus kepada keadaan bebas daripada punca penyakit.
Kawasan projek perlu berpagar. Pagar jinis cyclone amat sesuai dan digalakkan. Kawasan di pagar bagi mengelakkan ternakan kambing dan lain ternakan daripada luar menghampiri dan bercampur dengan ternakan sedia ada. Ternakan daripada luar boleh menjadi punca kepada berbagai penyakit yang berjangkit.
Di pintu masuk ke projek perlu ada papan tanda melarang orang luar yang tidak berkenaan daripada memasuki premis ladang. Kawalan kemasukan orang luar perlu diperketat, terutamanya bagi mereka yang ada memeilihara kambing, dan perlu dikurangkan kemasukanya ke tahap paling rendah. Selain daripada itu satu kolam berubat disediakan di pintu masuk, supaya tayar-tayar kenderaan yang hendak masuk telah di disinfect sewajarnya sebelum memasuki ladang.
Kakitangan yang masuk keluar pun perlu mematuhi peraturan sps ladang, seperti membasuh atau mencelop gum boots sewaktu hendak memasuki ladang dan sewaktu keluar ladang.
Kedudukan stor makanan juga perlu mendapat perhatian. Setor ini sesuai diletakkan berhampiran pintu masuk, bagi mengelakkan kenderaan yang membawa makanan masuk jauh ke dalam ladang yang mana boleh menjadi agen pembawa kuman penyakit.
Peraturan sps ini perlu dicatit ke dalam satu manual, supaya memudahkan semua pihak membuat rujukan dan penambahbaikan.
TANDA-TANDA ATAU CIRI-CIRI KAMBING YANG TIDAK SIHAT DAN BERPENYAKIT.
Sistem pemuliharaan secara intensif ini adalah merupakan penambahbaikan dan sesuai dianggap sebagai satu teknologi bagi mengurangkan banyak penyakit dan keadaan yang mengurangkan produktiviti serta daya maju sesuatu bidangusaha kambing pedaging. Namun demikian beberapa jenis penyakit serta keadaan tidak normal masih berlaku yang berpunca daripada kesilapan pengurusan dan perumahan yang tidak sempurna. Pengurusan yang dimaksudkan merangkumi espek makanan dan pemakanan serta pembiakbakaan.
Saya mencadangkan supaya anda membiasakan diri dengan rupa dan ciri-ciri ternakan kambing yang sihat. Rupa atau ciri-ciri yang selainya adalah yang tidak sihat dan mudah dikenali.
Ciri-ciri am kambing yang tidak sihat dapat dilihat dari beberapa sudut seperti yang berikut:-
· Tahap Kecergasan
· Keadaan kulit.
· Gaya berjalan.
· Nafsu makan.
· Keadaan najis/tinja.
· Suhu badan.
· Denyutan nadi,
· Pernafasan yang tidak normal,
· Kadar pertumbuhan, dan
· Kadar kematian.
SUHU BADAN(T), DENYUTAN NADI(P) DAN PERNAFASAN(R) atau RINGKASNYA TPR.
Suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan ternakan memang biasa digunakan sebagai penanda aras sama ada sesekor ternakan itu sehat atau sebaliknya. Setiap jinis ternakan mempunyai nilai normalnya sendiri. Bagi ternakan kambing yang sihat, nilai suhu badan, denyutan nadi dan pernafasan yang normal adalah seperti berikut:-
Suhu Badan Nadi Pernafasan
( celcious ) (denyutan/min) (pernafasan/min)
38.0 – 39.5 60 – 80 12 – 30
Kualiti denyutan nadi dan keadaan sesuatu pernafasan itu pula membawa erti dan pertunjuk yang menjuruskan kepada sesuatu penyakit yang berlainan. Apa yang penting anda boleh memberikan keterangan tentang setiap sifat dengan tepat hingga membolehkan sesuatu diagnosis di buat oleh pihak ke dua dengan mudah.
NAFSU MAKAN
Seperti kita juga, ternakan kambing yang sakit, kebiasaanya hilang nafsu untuk makan. Bagi kes-kes lain yang lebih kronik, ternakan mungkin dilihat berkeadaan normal dari aspek ini. Apa yang penting anda membuat penilaian yang tepat mengenainya.
Apabila kita menyediakan makanan, seperti pallet PKC, lebihan daripada biasa di dalam palong makanan, perlu dilihat sebagai petanda ada ternakan yang kurang makan dan perlu di teliti ternakan yang mana.
TINJA
Ternakan yang sehat mempunyai tinja yang berbiji-biji dan lembab. Keadaan tinja yang tidak normal termasuklah keadaan tinja yang cair, bercampur darah atau warna yang berbedza daripada yang normal dan kadangkala dengan bau yang berbedza.
KULIT ATAU PERMUKAAN BADAN
Ternakan yang sihat berbulu dalam bentuk terurus, berkilat dan licin. Bulu yang kusut masai mungkin berpunca daripada sesatu keadaan atau penyakit kulit, seperti jangkitan kulat atau pun berpunca daripada kekurangan zat tertentu. Kadangkala dengan meraba dengan tangan dipermukaan kulit boleh memberikan gambaran tambahan. Terdapatnya rasa berbutil-butil dan meluas mungkin disebabkan jangkitan bakteria dan kulat tertentu. Biasanya ternakan ini akan selalu mengarukan badannya pada tiang atau dinding kandang. Jangkitan kulit ini membuatkan juga bulu gugur dan kerap dilihat dialami oleh beberapa ekor ternakan dalam kelompok yang sama.
TERNAKAN SAKIT PERLU DIASINGKAN.
Ternakan yang tidak sehat perlu diasingkan. Setiap perumahan kambing perlu diadakan sebuah kandang atau petak bagi tujuan ini. Pengurusan sedemikian adalah bagi:-
· Mengelakkan penyakit menjangkiti ternakan lain,
· Kacauganggu oleh ternakan yang sehat,
· Tumpuan mudah diberikan oleh sesiapa yang membuat rawatan, dan
· Aliran tugas pekerja dapat diselaras dengan baik. Pekerja kumpulan sakit yang berasingan atau memulakan dengan ternakan sehat dan akhir sekali dengan kumpulan yang sakit.
JENIS PENYAKIT.
Berikut dibentangkan beberapa keadaan dan penyakit yang boleh didapati berlaku pada ternakan kambing pedaging system intensif.
· Jangkitan mata.
Respon kepada antibiotik eye oinment. Umur anak kambing yang kerap dijangkiti 3 bulan.
· Hidung berhingus.
Lebih kerap diperhatikan di musim hujan. Cuba ubah kepada lain broadspectrum antibiotik selepas 3 hari penggunaan antibiotik yang terdahulu.
Kematian sewaktu pemindahan 10%.
Dicadangkan: Mineral block perlu senantiasa ada dan multi vitamins diberikan melalui air minuman. Kematian yang tinggi boleh berlaku pada bulan pertama dan kedua, dan seterusnya berkeadaan stabil. Ini berpunca daripada aspek pembelajaran yang berlaku bagi penternak yang baru bermula.
Radang Paru-Paru (Pneumonia)
Penyebab.
· Virus, bacteria, bahan kimia dan parasite.
· Tegasan (Cuaca sejuk, pemakanan tidak bermutu, beban cacing, Ventilation tidak baik, )
Tanda Klinikal.
· Bersin, batuk basah dan berhingus,
· Sesak atau sukar bernafas, kadangkala kadar pernafasan tinggi daripada biasa,
· Bunyi pernafasan kedengaran dan luarbiasa,
· Demam (suhu badan tinggi daripada normal),
· Tiada nafsu makan,
· Lemah, dan jika berlarutuan badan menjadi kurus,
· Kelihatan moyok dan mengasingkan diri,
· Kematian mengejut (bagi kes yang peracute ).
Tindakan Pengurusan.
· Asingkan ternakan ke kandang sakit,
· Kurangkan Stress,
· Dapatkan bantuan Pegawai Veterinar atau JPH.
· Berikan perhatian yang sesuai ( TLC. ),
· Perbetulkan kesilapan pengurusan ternakan yang berkaitan.
Puru( Contagious ecthyma).
Penyebab.: Virus.
Tanda Klinikal.
· Biasanya menyerang anak-anak kambing yang masih menyusu,
· Kawasan mulut( bibir dan gusi ) biasanya dijangkiti, dimana ia bermula sebagai gelembung-gelembung yang mengandungi cecair dan setelah pecah ianya menjadi kuping dan merekah yang berwarna merah,
· Pertumbuhan kulit yang mengerutu,
· Berbutil-butil di merata badan,
· Di antara celah kuku kaki juga kebiasan keadaan ini terjadi.
Tindakan Pengurusan.
· Asingkan ternakan yang berpenyakit,
· Rawat dengan menggunakan gentian violet, iodine dan krim acriflavin, dan
· Pelalian dengan menggunakan veksin autogenous. dan sila berhubung dengan JPH.
Cirit-beret( Diarrohea).
Penyebab.
· Kesilapan pengurusan,
· Jangkitan kuman(bacteria, virus, dan protozoa) dan cacing,
· Keracunan bahan kimia.
· Kesilapan pengurusan termasuklah pemberian makananyang tidak sesuai, peralatan makanan dan minuman yang tidak bersih dan air yang tercemar.
Tanda Klinikal.
· Najis cair, dan berubah bau/warna,
· Kotor dan basah disekeliling pangkal ekor,
· Mengecut badan (kurus) yang berpunca dari kehilangan air yang banyak,
· Lemah dan berakhir dengan kematian.
Cirit-Beret (Diarrohea)
Tindakan pengurusan.
· Asingkan ternakan yang sakit,
· Tingkatkan kebersihan,
· Pengurusan makanan yang betul, perubahan makanan perlu dilakukan secara beransur-ansur,
· Pemberian ubat cacing (jika berpunca daripada cacing),
· Bagi anak-anak kambing, kawalselia penyusuan,
· Dapatkan rawatan segera daripada kakitangan JPH yang berdekatan.
Rawatan yang akan diberikan termasuklah ubat antidiarrhoea, antibiotik dan metabolic stimulant.
Buruk Kuku( Foot Rot).
Penyebab.
· Sejenis Bakteria,
· Permukaan kandang yang sentiasa lembab,
Tanda Klinikal.
· Tisu dicelah kuku menjadi reput dan berbau,
· Sempadanan kuku dan kulit kelihatan merah, bengkak dan sakit bila disentuh,
· Tempang,
· Septiksemia ( demam, dan tiada selera makan)
· Kematian, bagi kes-kes yang amat serius.
Tindakan Pengurusan.
· Bersihkan kuku yang sakit,
· Rendamkan kaki ke dalam cecair yang terdiri daripada 5% kupram sulfat sekalai sehari untuk 3 hari berturut-turut,
· Tempatkan ternakan di kandang yang senantiasa kering,
· Semua ternakan lain yang sehat dipastikan melalui footbath yang terdiri daripada 5% kupram sulfat, setiap hari selagi kes-kes baru ujud.
· Dapatkan rawatan lanjut daripada pegawai JPH bagi setiap kes klinikal.
Caseous Lmphadenitis(CLA).
Penyakit ini adalah merupakan satu penyakit yang amat penting dari sudut ekonomi projek kambing pedaging itu sendiri. Jangkitan boleh berlaku sehingga 18% daripada kumpulan yang boleh dijangkiti. Takaian ternakan yang dijangkiti, serta rawatan bagi ternakan lain yang belum menunjukkan tanda, atau pun pelalian, adalah merupakan kos yang mahal.
Penyakit ini disebabkan sejinis kuman bakteria, yang dipanggil Corynebacterium pseudotuberculosis. Ciri penyakit ialah terdapat bengkak-bengkak di pangkal telinga dan bawah dagu ternakan. Banyak ternakan dewasa dijangkiti sekali gus, dan menunjukkan tanda penyakit. Ini disebabkan bentuk jangkitan yang kronik serta mengambil masa untuk menunjukkan tanda bengkak seperti yang diterangkan. Ternakan semuda 6 bulan boleh dijangkiti.
Rawatan kebiasaanya tidak memberikan sebarang kesan yang dikehendaki, sungguh pun kebanyakan antibiotik boleh membunuh kuman tersebut. Bermakna mengelak penyakit ini daripada berlaku lebih sesuai. Pertama, ialah dengan memilihan ternakan daripada punca (ladang ) yang diketahui bersih daripada kejadian penyakit ini adalah penting. Kedua, elakkan terdapatnya di kandang-kandang benda-benda yang boleh melukakan kulit, kerana luka ini diketahui sebagai punca kemasukan kuman ini ke dalam badan dan seterusnya menyebabkan penyakit.
Bagi kumpulan yang didapati telah dijangkiti, biasanya dengan penemuan kes bengkak dipangkal telinga dan di bawah dagu, seperti yang diterangkan, tindakan berikutnya adalah dicadangkan supaya diambil. Pertama, asingkan ternakan yang mempunyai tanda penyakit ke dalam satu kandang. Ternakan dewasa lain yang bersentuhan dan datang daripada punca yang sama, sesuai diberikan suntikan antibiotik selama 3 hari berturut-turut.
Awas, kuman ini boleh menjangkiti manusia. Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, selepas mengendalikan ternakan yang sakit.
Kembung( Tymphany ).
Penyebab.
· Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
· Terlalu banyak makan PKC,
· Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
· Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.
Tanda Klinikal.
· Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang,
· Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut,
· Tidak mau makan,
· Terbaring dan kesakitan,
· Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.
Tindakan pengurusan.
· Stomach tubing,
· Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen),
· Tebuk perut ( bagi kes kes yang serius ) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
· Uruskan bahan makanan dengan betul.
Kurang Darah ( Anaemia )
Kekurangan darah adalah satu keadaan di mana bilangan sel-sel darah merah didapati kurang daripada biasa.
Tanda-tanda
· Muka pucat - bibir , gusi dan lidah yang pucat,
· Mata - lapisan dalam kelopak mata juga keputihan,
· Lemah,
· Bulu meremang dan takterurus,
· Badan kurus
Rawatan dan Pencegahan
· Memberi makanan yang cukup dan berzat,
· Menambahkan zat besi,
· Memberi vitamin untuk selera makan,
· Rawatan beban cacing,
· Pembasmian kutu, jika ada.
Kancing Gigi
Penyakit ini adalah disebabkan oleh racun sejenis kuman yang boleh merosakkan saraf. Ini biasa terjadi apabila terdapat luka-luka kecil badan/ kulit ternakan itu. Kemungkinan termasuk kotoran di mana kuman ini dapat membiak. Kuman inilah yang mengeluarkan racun kelak.
Tanda-tanda
· Keseluruhan badan menggigil dan menggeletar yang tidak boleh dikawal. Keempat-empat kaki akan menjadi lurus, tegang dan keras.
· Mulut akan terkancing ( kancing gigi) dan kepala biasanya mendongak ke atas. Kalau terjadi semasa berdiri, ianya akan tumbang.
· Tanda-tanda ini menjadi lebih teruk apabila terdapat rangsangan bunyi yang kuat dan juga cahaya yang terang.
Pencegahan
· Suntikan toxoid semasa 3 bulan,
· Mengubat luka-luka terutama ‘ puncture wound’
Ubatan
· Antititanus dan toxoid,
· Pelalian.
Luka-Luka.
Luka boleh disebabkan oleh benda-benda yang tajam. Walaupun ianya diaggap ringan tetapi jika tidak diberi perhatian akan menjadi busuk dan berulat. Apabila berlaku luka-luka, rawatan segera hendaklah dibuat.
Rawatan
· Bahagian sekeliling kudis dicukur dan dicuci bersih dengan ubat kuning ( iodine ) supaya tiada terdapat kekotoran dan habuk,
· Sapukan ubat ‘ lorexane’ pada luka,
· Semburkan ubat penjauh lalat seperti ‘ gusanex’ ataupun ‘negasunt’.
Kurap
Kurap boleh terjadi disebabkan oleh kulat atau ektoparasit ( mange )
Tanda-tanda
· Keguguran bulu pada bahagian tubuh dan kadang-kadang
· disertai dengan kudis-kudis yang bernanah kerana parasit
· ini menggali lapisan kulit menyebabkan gatal dan
· kerosakan akar rambut.
Rawatan
· Kurap yang disebabkan oleh kulat boleh disapu dengan
· iodine sementara kurap yang disebabkan oleh ‘mange’
· pula dikehendaki untuk dirawat dengan ubat serangga
· seperti 1% larutan malathion yang membunuh parasit
· dewasa. Rawatan hendaklah diulangi tiap-tiap 10-14 hari selama 3 kali.
JangkitanCacing
Bagi sistem intensif, jangkitan cacing tak seharusnya menjadi masaalah. Apa yang perlu diperhatikan ialah semasa kemasukan ternakan yang baru. Ternakan ini perlu di berikan rawatan dengan ubat cacing yang sesuai.
Pengurusan Ternakan Masa Lahir
Ternakan yang baru lahir perlu mendapat kolostrum (susu awal) dalam tempoh 24 jam. Kolostrum perlu diberikan dalam tempoh 15 minit kelahiran, bagi mengerak mula system penghadaman serta membantu mencegah berbagai penyakit. Susu awal ini mengandungi antibody yang diperlukan oleh anak yang baru lahir untuk melawan berbagai jenis penyakit.
Perlu ditekankan disini, ibu yang melahirkan anak kali pertama perlu mendapat perhatian yang lebih dari anda yang meguruskan ternakan kerana ibu ini masih tidak pandai menysu dan menguruskan anaknya. Dalam keadaan ini anda perlu memerahkan susu kolostrum dan memberikan anak itu susu tersebut dengan mengunakan syringe dan tiub. Dalam proses ini pastikan kebersihan diambil kira.
Sebagai usaha merapatkan hubungan ( bonding ) ibu dengan anaknya, biasanya kedua ternakan ini dikurung bersama di dalam satu magic box . Ini juga bagi mengelakkan anak daripada dianaya oleh ternakan lain dari kumpulan yang sama. Lingkungan kotak ini dialas dengan guni, supaya kaki anak tidak tersepit dicelah lantai dan boleh menyebabkan kecederaan dan patah.
Pelalian
Pelalian ialah satu program suntikan mencegah sesuatu penyakit yang berjadual, yang diberikan kepada kumpulan ternakan, bagi meningkatkan dayatahan ternakan berkenaan terhadap penyakit berkenaan. Program pelalian ini dijalankan di bawah aktiviti Kesihatan Ternakan Gerompok. Bagi sesuatu program, untuk keberkesanan, sekurangnya 70% kumpulan sasar perlu mendapat suntikan veksin berkenaan.
Bagi projek KAPRIMA, setiap ternakan yang berumur melebihi 6 (enam) bulan perlu diberikan suntikan veksin Heptovec sekali dalam setahun. Ia bermula dengan pelalian pertama pada umur enam bulan dan diberikan suntikan penggalak( booster ) dalam tempoh sebulan. Kemudian diberikan sekali setiap tahun. Usaha ini mampu menghindarkan ternakan daripada beberapa penyakit, seperti radang paru-paru, kejang otot, black leg, dan hawar, yang boleh menyebabkan kematian yang tinggi.
Pengurusan Kematian Ternakan
Ternakan yang mati perlu dilakukan bedah siasat (Post Mortem, PM ) oleh pegawai JPH yang terlatih. Tujuan PM ini dijalankan ialah bagi menntukan punca dan sebab sesuatu kematian. Maklumat ini diperlukan bagi merangkan tindakan pencegahan dan kawalan terutamanya yang melibatkan penyakit berjangkit. Keputusan bedah siasat ini juga diperlukan jika seseorang pengusaha yang ingin membuat sebarang tuntutan atau pampasan, jika berkaitan.
Apa yang lebih penting ialah kaedah melupuskan bangkai berkenaan. Kebiasaanya kita menanam bangkai berkenaan. Jika kaedah ini dilakukan, perhatikan bahawa kedalaman lubang perlu tidak kurang daripada 6 kaki. Setelah diletakkan bangkai, ianya perlu ditabur dengan kapur (lime) dan setalah dikambus di tabur kapur sekali lagi. Pilihlah lokasi yang sesuai di ladang anda.
Sungguh pun kaedah ini biasa dilakukan, kita perlu ingat bahawa di bawah tanah sana terdapat mata air dan aliranya ke lain kawasan boleh membawa kuman punca kematian ternakan berkenaan. Kadangkala cacing turut membawa kuman ke permukaan tanah. Oleh kerana perkara tersebut ada pihak yang mengalakkan supaya semua bangkai dilupus dengan cara pembakaran yang betul, misalnya dengan penggunaan alat incinerator.
Catitan Harian Ladang
Setiap ladang digalakkan merekod segala perkara yang berlaku di ladang masing-masing. Catitan ini meliputi semua hal, termasuklah pelawat-pelawat yang datang, kenderaan yang keluar masuk, bekalan makanan yang tidak sampai dan berbagai lagi.
Catitan ini amat membantu pegawai veterinary dalam menentukan punca sesuatu penyakit, terutamanya penyakit yang bepunca dari jangkitan kuman virus. Dairy ini akan dirujuk dalam usaha menentukan punca sesuatu masaalah yang dialami ternakan dan seterusnya dalam menyediakan pelan tindakan pencegahan sesuatu penyakit.
Penutup
Nota tersebut di atas bukanlah sesuatu yang paling lengkap. Anda perlulah berusaha untuk terus mendapatkan kemahiran, terutamanya dalam mengenali sesuatu penyakit dan tindakan bagaimana hendak mengelakkanya, daripada lain-lain punca. Apa yang juga penting perlu ditekankan disini ialah usaha proaktif dan preventif yang perlu diambil oleh setiap pengusaha. Anda digalakkan supaya terus berdamping dengan pegawai-pegawai di JPH. dan pengusaha lain yang berjaya, supaya penyakit-penyakit yang tidak dingini ini dapat dielakkan dan dengan kos yang berpatutan. Kecekapan dalam usaha mengurangkan masaalah kesihatan ini akhirnya merendahkan kos pengeluaran, bermakna keuntungan bidangusaha akan meningkat.

PENYAKIT KAMBING

Diarrhoea (cirit-birit)
Diarrhoea adalah suatu gejala abnormal yang boleh berlaku kepada sisitem penghadaman. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik atau cair serta mempunyai bau yang berlainan. Ini disebabkan oleh pergerakan peristalsis yang lebih cepat dari normal. Cara ternakan mengeluarkan najis juga abnormal dan ini boleh dijadikan kriteria untuk mendapat diagnosa tentang penyakit. Pergerakan peristalsis yang cepat (hyperperistalsis) akan membawa mucosa usus, darah, cecair atau makanan ternakan bersama najis yang akan membantu andamembuatdiagnosa.Diarrhoea adalah suatu keadaan yang dihasilkan oleh penyakit atau agen penyebab yang tertentu. Akibat dari keadaan itu, ernakan akan kekurangan air, tenaga, menjadi lemah dan boleh membawa kematian kepada ternakan.

KEMBONG BLOAT
KEMBONG ( Bloat / Rumen tympany )
Penyakit kembong belaku apabila didapati pembesaran rumen dan reticulum perut di bahagian abdomen kiri). Penyakit kembong ini mengakibatkan kerugian melalui kematian kepada ternakan. Selain daripada itu ia boleh mengurangkan kadar pengeluaran serta membataskan penggunaan berbagai jenis rumput-rumput kepada ternakan. Kejadian kembong perut biasanya bertambah dalam pengurusan yang menggunakan baja yang banyak pada pasture dan apabila ternakan makan daun-daun kayu seperti daun ubi dan nangka terlalu banyak.
Aetiology (sebab-sebab kembong)
Sebab utama kejadian kembong adalah apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi kadar pengeluaran gas (eructation). Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen yang kemudiannya membesar.Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana mikro organisma dalam rumen dan juga oleh gangguan secara tidak langsung terhadap pengeluaran gas.
Jenis-jenis penyakit kembongGangguan secara fizikal (Physical disturbance)sekatan kepada esophagus (esophageal obstruction)abscess, adhesion, radang perut (gastritis)terlebih 'froth' dalam rumenkedudukan abomasum yangsalah(displaceabomansum)
Gangguan secara 'biochemical'makan daun-daun kayu yang beracunterbanyak makan dedak/palm kernel cake (PKC)'sensitize' kepada uba-ubat kerosakan kepada sistem saraf Gangguan melalui penyakit 'entero toxemia' dan keracunan nitrate.Jika diperhatikan dengan betul, kita dapati penyakit kembong boleh dibahagi kepada dua sebab utama. Pertama disebabkan pengeluaran gas yang berlebihan dari yang dikeluarkan dari tubuh ternakan. Ini disebabkan oleh faktor-faktor pemakanan dan juga terdapat banyak gas 'foam' di dalam rumen. Kedua, disebabkan oleh sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal.
Faktor utama adalah masa dan keadaan ternakan jenis makanan keadaan tanah (kandungan zat) Tanda-tanda klinikal pembesaran bahagian kiri abdomen (para lumbarfossa) ternakan menjadi resah - selalu duduk dan bangun kurang makan dan minum ternakan berada dalam kesakitan terutama di bahagian abdomen kiri. Ternakan terbaring dalam kesakitan kematian kadar pernafasan bertambah dan ternakan menjadi sesak nafas (dyspnoea).
Rawatan
Asas utama dalam rawatan kembong adalah untuk mengetahui sebab ianya terjadi. Adakah disebabkan oleh penghasilan gas yang terlalu banyak atau terdapat sekatan kepada pengeluaran gas dari rumen.Dalam penyekit kembong selain dari pengeluaran gas, ada juga terdapat buih (foam/frothy material) dan kedua-duanya perlu dikeluarkan untuk menjamin rawatan yang sesuai.Untuk rawatan, anda perlu:- memasukkan tiub perut (stomach tube) melalui mulut untuk mengeluarkan gas yang terdapat dalam rumen. memberi ubat menahan kembong (anti bloat/anti foam agents) seperti Bloat guards yang diberi ke dalam rumen. memberi minyak kelapa (kelapa sawit/minyak masak) dengan tujuan memendakkan buih supaya memberi peluang kepada pengeluaran gas (100-500 ml mengeluarkan gas dengan menggunakan ; trocar atau benda-benda tajam di sebelah kiri abdomen (bahagian atas).selain dari itu anda juga boleh menggunakan teknik pembedahan seperti 'rumenotomy' untuk mengeluarkan gas. Pengawalan penyekit kembong
Bagi menjamin ternakan yang sehat sepanjang masa anda harus menjalankan beberapa kaedah pengurusan bagi mengawal penyakit kembong. Anda perlu memerhati agar dedak atau PKC yang diberikan kepada ternakan tidak terlalu halus.Kehalusan makanan seperti ini akan mempercepatkan pengeluaran gas serta menghasilkan buih yang banyak. Selain dari itu daun-daun kayu yang dimakan oleh ternakan juga perlu diberi perhatian. Jika terlalu banyak akan menyebabkan kembong kerana lebih gas dihasilkan. Anda juga perlu memberi perhatian kepada pembajaan pastura yang terlalu banyak. Keadaan tanah yang sesuai dengan zat makanan yang cukup juga membantu dalam pengawalan penyakit kembong. Selain dari faktor masa dan keadaan sekeliling yang terlalu memberi tekanan (stress) kepada ternakan juga boleh menyebabkan kembong terjadi. Anda seharusnya memberi pengubatan serta nasihat kepada penternak bagi mengawal penyakit kembong ini.

LUKA BERULAT
LUKA BERULAT ( Maggot Wound/Myiasis/Screw worm infestation)
Jangkitan terhadap luka oleh larva-larva Chrysomia bezziana. Tempat-tempat yang selalu diserang adalah pusat (navel), bibir faraj, prepuce, tanduk (selepas dehorning), bahagian-bahagian muka, tetek dan mata. Ia bermula dari muka yang tidak dirawat dengan betul. Ini akan menyebabkan lalat bertelur dan seterusnya menjadi perinngkat larva. Proses ini mengambil masa antara 48 hingga 72 jam.
Larva hidup dalam keadaan yang kurang oksigen serta memakan tisu di sekelilingnya. Ini akan mengakibatkan perdarahan (bleeding) dan kerosakan pada bahagian yang terlibat.
Faktor-faktor pendorong:
Baka Zebu (KK, Brahman & Kacukan) biasanya lebih tahan dari serangan ini.Kawasan-kawasan yang basah serta busuk di bahagian badan – pusat, kawasan dubur dan lain-lain.Luka-luka cairan serum yang dihasilkan bertindak dengan bacteria dan mengeluarkan bau yang busuk. Faktor pengurusan yang kurang sesuai.
Akibat luka berulat:
Berat badan ternakan menurun, Kurang selera makan. Ternakan jadi gelisah kerana gatal, Jangkitan sampingan – secondry bacterial infection, Kematian disebabkan toxaemia
Prinsip-prinsip rawatan Bersihkan kawasan terlibat dengan air suam (warm water) atau ‘mild antiseptic’ Keluarkan ulat yang berada di luar dan boleh dilihat , Bunuh ulat dengan menggunakan : Negasunt powder, Coopex healing oil, Malathion, Chloroform, Turpentine, 3% Hydrogen perixide.
Biarkan selama satu hari Keluarakan semua ulat-ulat yang sudah mati Letakkan semula ubat-ubat jika masih terdapat ulat-ulat yang masih hidup. Ubat ubat ‘topical’ (setempat) untuk rawatan luka seperti lorexene cream, antibiotik cream dan iodine boleh juga digunakan untuk membantu proses penyembuhan (healing proses).
Pengawalan
Pengurusan yang betul dan sesuai. Elakkan dari ternakan merempuh pagar duridengan memberi makanan dan munuman yang secukupnya. Pemeriksaan yang rapi kepada ternakan untuk mengubati luka-luka (2 kali seminggu) Elakkan dari melakukan pembedahan yang tidak perlu. Anak-anak yang baru lahir, sapukan iodine pada kawasan pusat. Adakan ‘regular dipping’ untuk menghapuskan atau mengurangkan kutu yang boleh menyebabkan ternakan luka akibat gigitan atau gatal-gatal.
Gusanex spray hanya merupakan fly repellent (menghalau lalat) tetapi ia tidak membunuh maggots)

Bengkak Susu (Mastitis)
RADANG AMBING SUSU ( Matitis)
Tanda-tanda klinikal
Keadaan mastitis boleh dibahagikepada beberapa bahagian:a. peracute mastitisb. acute mastitisc. Subacute mastitisd. chonic mastitise. sub klinikal mastitis
Dalam keadaan acute / subacute biasanya tanda-tanda klinikal adalah setempat.diambing susu (tetek) – bengkaka. merahb. panasc. kerasd. sakit bila disentuhe. fungsi terganggu (pengeluaran menurun)
Tanda-tanda keseluruhana. demam (pyrexia)b. severe depressionc. anorexiad. rebah dan terbaringe. kematianperubahan kepada susu bertukar warna - kuning/merah keadaan - pekat/merah bau. Untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu.Penyakit hanya boleh dikenal melalui pemeriksaan serum (clinikal pathology).untuk subklinikal mastitis, tiada perubahan yang nyata kepada susu.Penyakit hanya boleh dikenal pasti melalui pemeriksaan serum (clinikal pathology).
Cara membuat dianosa
Pemeriksaan klinikal - tanda-tanda klinikal yang nyata (strip cup - Perubahan warna/keadaan/bau) Merasa dan meraba ambing susu Membuat california rapid mastitis test (CNRT /CMT RMT) .
Untuk mengira sel leukocytes dalam susu.
Ujian-ujian yang boleh dilakukan dimakmal:
Susu - bacteriology (culture untuk mengetahui agen penyebab.- milk ring testserum - cell count (inflamatory reaction)
Rawatan
Rawatan mastitis bergantung kepada keadaan mastitis dan bilangan tetek yang terlibat.jika hanya satu tetek (teat yang terlibat biasanya tiada perubahan pada suhu badan. Oleh kerana tiap-tiap satu tetek tidak berhubung antara satu dengan yang lain maka punca jangkitan utama adalah sentuhan dari pekerja/alatan yang digunakan untuk memerah serta kehadiran mikro oranisma
Untuk rawatan
bersihkan kawasan terlibat menggunakan air suam bersama antiseptik. Tujuan air suam digunakan adalah untuk membantu dalam pengaliran darah yang boleh menambah pengeluaran susu. Antiseptik pula untuk membunuh atau menghalang pembiakan kuman di kawasan ambing susu.Perlu dikaitkan perubahan suhu badan untuk menentukan keadaanmastitis hanya setempat atau sistemik.perah susu ditetek yang terlibah/semua tetek sehingga habis.bersihkan semula menggunakan air suam bersama antiseptik tadi.masukkan intra mammary infusion (antibiotik seperti orbenin diproca, mamiject, mastalone dan lain-lain)rawatan diberi selama 3 - 5 hari bergantung kepada tindakbalasternakan. rawatan secara sistemik diberi jika perlu dengan menggunakanantibiotik yang sesuai serta berkesan bersama infusion yang diberi.semasa rawatan susu mesti diperah setiap hari.selepas rawatan mesti juga diperah tetapi masih belum boleh diminum sebelum 6 - 7 hari kemudian.
Pengawalan
Kebesihan pemerah/peralatan/ternakan sebelum dan selepas memerahSusu mesti diperah sampai habis tetapi tidak kuat atau lama sehingga merosakkan ambing susu.Rawatan lembu kering perlu diberi kepada lembu yang telah kering sebelum dilepaskan untuk pembiakan seterusnya.Kurangkan stress kepada ternakan. Asingkan ternakan yang terkena mastitis dan beri rawatansecara individu.
Mastitis merupakan suatu penyakit yang dihasilkan oleh cara pengurusan yang kurang baik serta kebersihan yang tidak dijaga dengan betul.

PENYAKIT BURUK KUKU (FOOT ROT)
Foot Rot ( Interdigital necrobacillosis)
Penyakit radang kuku atau foot rot adalah suatu jankitan necrotic yang melibatkan kulit dan tisu-tisu lembu/kambing di bahagian kuku.
Aet Aetiologi (Penyebab)
Kerosakan kulit, bahagian kuku atau luka yang menyebabkan oleh benda-benda tajam. Ini akan menyebabkan pembiakan kuman di kawasan luka tersebut.
Fusobacterium necrophorum(Sphaerophorus necrophorous)
Tanda-tanda klinikal
nekrotik di kawasan kulit/kuku. mungkin melibatkan lebih dari satu kaki terdapat cairan di kawasan nekrotik bengkak, merah & sakit bila disentuh tempang anorexia demam berat badan menurun pengeluaran susu menurun toxaemia dan seterusnya rebah dan kematian
Cara membuat diagnosa
dari latar belakang kesdari pemeriksaan klinikal
Rawatan:
Bersihkan kawasan terlibat dengan menggunakan antiseptik yang sesuai eg. savlon, dettol, acriflavin dll.
Beri antibiotik/antibakterial secara sistemik eg. sulphanimides, terramycin dll.Rawatan setempat bersihkan tempat buang bahagian yang nekrotik dan kulit yang sudah mati jika terdapat nanah, buat aliran untuk mengeluarkannya.letak/sapu kawasan denganlarutan copper sulphate 5%, formalin 2% atau foot aerosol (spray) balut kawasan terlibat (bandage) tukar balut setiap hari serta teliti keberkesanan rawatan
Pengawalan
gunakan foot bath (copper sulphate 5%) satu atau dua kali sehari.perhatian yang lebih terhadap tanda-tanda klinikal ternakan kerana ternakan yang terkena foot rot akan merosot keadaan dengan cepat sekali. Ini adalah keranakawasan tersebut sentiasa terdedah kepada kotoran najis dan alam sekeliling.

TIP PENGHANTARAN KAMBING
Pastikan ketika penghantaran kambing, anda memastikan pemandu kenderaan (lori dsb), menandatangani invois sebelum mereka memulakan penghantaran. Ini bagi mengelakkan kambing tiba dengan jumlah yang berlainan. Sebelum menandatangi invois, jumlah kambing yang dikira mestilah sama dengan jumlah permintaan.

Tuesday, June 17, 2008

kambing.......

CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK1. Baka dan Keturunan2. Bentuk Badan atau konformasi:
a. Teknik pengamatanb. Teknik perabaanc. Teknik berdasarkan penilaian (pemberian markah)
Cara Pemilihan Baka dan Keturunan
Pemilihan cara baka dan keturunan ini memerlukan catatan rekod mengenai prestasi induk kambing tersebut. Pemilihan cara begini adalah sukar kerana kebiasaan catatan tidak dibuat dengan sepenuhnya
Di antara butiran yang perlu di dalam pemilihan cara begitu adalah:
1. Berat semasa dilahirkan adalah tinggi2. Kenaikan berat badan yang cepat3. Berat badan semasa 1 tahun4. Keluaran susu yang banyak5. Jarak kelahiran yang rapat
Cara Pemilihan Konformasi Badan
Cara-cara Pengamatan
Sifat Jantan Betina
Warna Warna berbeza mengikut jenis baka. SamaKulit dan bulu Lembut, pendek dan berkilat, tiada kulit berlebihan atau berlipat di bawah dagu dan tengkuk. Lembut, pendek, licin dan berkilat tidak kusut.
Saiz Besar dan berat badan tidak lebih dari 25 kg. (had minimum berbeza mengikut baka) Sedang atau besar tidak kurang 20 kg (had minimum berbeza mengikut baka)
Kepala Sederhana, bertanduk atau tidak bertanduk; mata bersinar; dagu sama rata. Panjang dan sederhana, bersih, tiada ketul-ketul daging yang berlebihan.
Leher dan bahu Tidak panjang; berdaging pejal Leher jinjang; bahu kecil dan sempit
Dada Bidang dan gempal menunjukkan kekuatan SederhanaRangka Bulat dan sama besar; tulang rangka sama jarak menunjukkan paru-paru yang baik. Rangka dada lebar dan sama jarak supaya badan narnpak bulat. Perut jangan menonjol ke bahagian dada.Badan Gempal, panjang besar Badan tegap menurun ke hadapan dari perut ke bahu depan Bahagian belakang Lurus, tegap, lebar dan belakang berdaging penuh Lurus, tegap dan lebar di bahagian "rump" dan punggung. "Rump" menurun sedikit tidak terlalu mencuram Kaki Hadapan Lurus, tegap, dan teguh; keduanya selari Lurus, kuat, tulangnya baik dan teguh. Keduanya selari.Kakibelakang Tegap dan kukuh. Keduanya selari apabila berdiri tegak. Bila berjalan tidak mengarah keluar (meraut). Pastern tidak jatuh dan jari mengadap ke hadapan. Peha lebar dan besar. Lurus, tegap dan mengadap ke hadapan selari jika dilihat dari belakang; "Hock" pendek sedikit; "Pastern" pendek dan tidak terjatuh. Tapak Kaki Rata di bawah memboleh kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik.Kuku pendek dan menghala ke hadapan Rata di bawah memboleh kaki kambing berdiri tegap dan melangkah dengan baik. Kuku pendek dan sama rata.Buah Zakar dan zakar Zakarnya baik dan boleh dikeluarkan dan masuk dengan baik; dua buah zakar yang sama besar tergantung dengan baik dan. tidak terlalu labuh. Ambing dan puting susu Ambingnya besar dan tergantung dengan baik dan susu tidak meleret. Kulitnya lembut dan licin. Pembuluh susu nyata tetapi tidak berketul-ketul. Dua puting yang sederhana dan menghala ke hadapan dan terletak dengan baik.Tabiat Cergas, garang serta gagah Cergas Kesihatan Sihat Sihat
Cara Perabaan
Cara perabaan adalah perlu apabila kambing yang bakal dipilih itu adalah dari jenis yang mempunyai bulu yang panjang. Ini adalah untuk menentukan kepadatan isi yang mungkin diselubungi oleh bulu atau memastikan tiada sebarang kecacatan.

PEMILIHAN PEJANTANUmur Setahun Setengah KeatasMemenuhi Spesifikasi ciri ciri Baka JantanSihat – Bebas daripada Penyakit BerjankitAmat Galak Agresif apabila berdepan dengan Betina
PEMILIHAN BETINAUmur Setahun KeatasMemenuhi ciri ciri Baka BetinaSihat – Bebas daripada Penyakit Berjankit
ELAKAN KAMBING YANG:-Putingnya cacat dan berlebihan (cluster or fishtail teats)Ambing yang LanjutIbu yang tidak pernah beranak sejak 24 bulan umurButa, tempang,Ambing yang keras dan berketulJonggan atas bawah ( lebih ¼”)Kaki yang cacat dan PengkorAda tanda tanda bisul dan perut bisulTanda tanda batuk dan ciritStrotum yang tak stabil, besar sebelah dan ada satu saja, Terbuka.

Biosekuriti
Biosekuriti merupakan tindakan dan amalan bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam suatu kawasan, ladang dan gerompok. Tindakan pencegahan tersebut dijadikan sebahagian daripada pengurusan ladang. Semua pihak yang terlibat samada pemilik, pekerja, penyedia perkhidmatan dan juga pelawat perlu mematuhinya.

PENYEDIAAN KELAHIRANTumpuan terhadap pengurusan Ibu adalah untuk:-Memastikan Ibu senantiasa sihat sepanjang tempoh kebuntingan sehingga melahirkan anak.Anak akan terbentuk dengan sempurna semasa bunting.Keperluan asas yang diperlukan adalah Senaman, Pemakanan yang baik dan pengurusan Pencegahan terhadap penyakit.Tempoh kebuntingan adalah 149 – 155 hari.
PENJAGAAN KELAHIRANKesemua Plasenta (uri) ibu telah habis keluarAnak yang baru lahir tidak lemah dan boleh menyusuPastikan ia menerima susu Kolostrum dalam tempoh 36 jam pertama.Semburkan Iodine pada pusat anak.
PENJAGAAN ANAK Suntikan Zat Besi – Fercobsang 1ml } umur 2 mingguSuntikan Fercobsang - 3ml }Vitasol ADEC - 3ml } cerai sususIvomec - 1ml }
Hasilnya adalah anak yang lebih sehat, cepat besar, dan punya daya tahan terhadap penyakit.
PENJAGAAN IBU
Suntikan 5ml Vitasol ADEC , 5ml Minersol 2 minggu salepas ibu beranak
Hasilnya adalah induk cepat pulih dan tempoh bunting setelah beranak dapat dipendekan.
PENJAGAAN JANTANSuntikan Selepherol selepas 42 hari bersama induk rehatkan selama 1 – 2 mingguSuntikan Cobaphos sebaik sebelum dimasukan ke kandang betina.Hasilnya – hanya bapak yang tahu.?

SILAJ (RUMPUT PERAM)
Silaj ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.
Perinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.
Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.
Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.
Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.
Keperluan untuk menghasiklan silaj yang baik
Menghidarkan dari udara (silo yang kedap udara) untuk mengurangkan pernafasan sel-sel dan aktiviti enzim
Kandungan air dalam bahan diantara 65-75%
Kandungan karbohaidrat yang mencukupi (lebih dari 3%) jika bijiran tidak menjadi bahan yang diperam, penambahan unsur karbohaidrat seperti jagung atau molasses adalah perlu untuk mengalakan pengeluaran asid asetik atau laktik dan menghindarkan aktiviti bakteria asid butitik.
Bahan hendaklah dipadatkan didalam silo dan pemeraman dilakukan dengan secepat mungkin.
Elakan foder yang diperam dari bercampur dengan bahan-bahan asing seperti tanah dan sebagainya.
Sifat-sifat silaj yang baika. Ph (tahap kemasaman) 4.5b. Kandungan asid laktik 3 - 13 %c. Kandungan asid butirik 0.2 %d. Warna Hijau - kekuningan / hijau keperangane. Bau Menyenangkan, tidak busuk, saolah-olah bau cukaf. Tahap basah Tidak ada lilihan nutrieng. Keperisiaan Boleh diterima makan oleh ternakanh. Nilai pemakanan Hampir-hampir menyerupai dengan bahan -bahan asal
Kehilangan nutrien dalam proses pemeraman silajPemeraman melibatkan perubahan kimia, jadi kehilangan nutrien tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan. Jenis-jenis kehilangan ialah:-
Kehilangan nutrien (seepage losses) dalam benruk karbohidrat larutan air atau asid-asid meruap adalah dianggarkan 10 % dari bahan kering. Ini boleh dikurangkan dengan memotong foraj apabila mencapai tahap berat kering 30 - 35 % atau melayukan foder ketahap 65-75 % kandungan air sebelum diperam atau menambah bahan-bahan seperti jerami padi atau tongkol-tongkol jagong sebagai bahan mendap.
Kehilangan nutrien disebabkan oleh proses fermentasi ialah dianggarkan 5 % hingga 10%
Kerosakan dipermukaan silaj dan juga dinding silo juga berlaku. kerosakan ini ialah diantara 0-25 % bergantung samada foder itu dipotong halus, padatan yang elok, kemasukan air hujan dan kegunaan penutup plastik yang baik. Ada juga kerugian semasa memotong foder diladang.

PERKHIDMATAN OLEH ZAMAN AGROFARM

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
1. MEMBELI, MENTERNAK DAN MENJUAL PELBAGAI JENIS BAKA KAMBING.
2. MEMBEKAL DAGING KAMBING UNTUK AQIQAH DAN QURBAN
3. MEMBERI KHIDMAT NASIHAT PENTERNAKAN, RAWATAN DAN
SISTEM PENGURUSAN.
4.MEMBEKAL UBAT-UBATAN TERNAKAN
5. MEMBEKAL MAKANAN TERNAKAN
6. MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MEMBINA KANDANG TERNAKAN.

SISTEM PENGURUSAN KAMBING

PENGURUSAN TERNAKANPengurusan kambing adalah bermula dari kelahiran sehinggalah sampai ianya bunting dan beranak kembali. Pada amnya pengurusan boleh dibahagikan kepada peringkat-peringkat seperti berikut:a.Lahir hingga cerai susu (3 atau 4 bulan)b.Cerai susu hingga buntingc.Pengurusan kambing dewasad.Pengurusan kambing bunting hingga kelahirane.Pengurusan baka-baka jantanf.Pengurusan semasa penggemukan untuk dijualLahir hingga 3 bulani.Anak-anak kambing hendaklah diberi susu permulaan atau kolostrum dalam masa 6 jam selepas dilahirkan. Susu awal ini dikeluarkan oleh ibunya untuk beberapa hari selepas beranak. Kebiasaannya anak-anak kambing ini dapat menghisap susu dengan sendiri. Jika gagal, susu awal ini hendaklah diperah dan diberikan melalui botol susu kepada anak-anak kambing. Pengambilan susu awal ini adalah pening kerana ianya mengandungi banyak zat-zat dan paling penting ialah antibody yang boleh menolong anak-anak kambing ini melawan penyakit. Susu julung juga membantu merangsang system pencernaan supaya bekerja dengan sempurna.ii.Pusat anak-anak kambing hendaklah disapu dengan ‘iodine’ supaya cepat kering, selain dari itu ia juga boleh menghindar dari jangkitan kuman. Jika basah ianya membiak kuman dan anak-anak kambing senang dijangkiti panyakit.iii.Anak-anak kambing bergantung kepada susu ibu selama 3 hingga 4 bulan. Selepas 2 bulan atau lebih pengambilan susu akan berkurangan dan anak kambing mula meragut sedikit-sedikit. Selepas 3 atau 4 bulan, anak-anak kambing boleh dicerai susu dan dimana ianya akan memakan rumput sepenuhnya.iv. Penceraian susu hendaklah dibuat secara beransur-ansur, bilamana makanan tambahan, rumput dan juga susu di peringkat peralihan diberi. Selepas lahir anak-anak dan ibu tidaklah dibiar meragut. Selepas 4 atau 6 minggu mereka bolehlah dilepaskan meragut di kawasan berdekatan supaya pengawasan senang dijalankan.Kandang tempat menempatkan ibu yang beranak dan anak yang baru lahir hendaklah sentiasa kering dan bersih. Tempat yang lembab boleh membawa kesejukan. Anak-anak kambing adalah peka terhadap kesejukan dan mudah terkena demam paru-paru.Jika tidak dapat memberi susu awal, satu campuran susu dengan sedikit minyak sayur dan putih telur boleh digunakan untuk merangsang pergerakan susu.Anak-anak kambing ini bolehlah diberi susu dari ibu yang lain dengan memerah dan menyusu melalui botol atau terus dari ambing jika ianya mahu. Susu tepung juga boleh dibancuh dan diberikan. Susu lembu yang dicampurkan dengan 1-2 titik minyak ikan setiap kali hendak menyusu. Susu bolehlah diberi sebanyak 170 g.m (lebih kurang 1 cawan the) setiap 4 jam sekali. Jumlah ini bolehlah ditingkatkan mengikut umur.Selepas Cerai Susu Hingga DewasaSelepas cerai susu dalam lingkungan 3-4 bulan, anak-anak dipisahkan dari ibu. Mereka diasingkan ke kandang dan tempat ragutan yang berlainan. Dalam masa itu urusan pemakanan hendaklah dijaga baik-baik kerana berat badan biasanya mudah turun. Ini adalah kerana tekanan (stress) akibat penceraian dari ibu dan juga susu.Kumpulan anak-anak jantan eloklah diasingkan daripada betina, ini adalah kerana apabila meningkat umur 9 bulan anak-anak kambing ini sudah sampai umur untuk membiak. Anak-anak yang tidak mehu dijadikan baka bolehlah dijual.Pengurusan Kambing DewasaPenjagaan terhadap kambing-kambing dewasa adalah sama dengan anak dari 4 bulan hingga 1 tahun.Ibu Bunting dan Selepas Kelahiranibu-ibu yang telah bunting dan baru melahirkan anak hendaklah diasingkan untuk menjauhkan anak-anak dari dipijak oleh yang dewasa. Ini juga boleh menyenangkan program pengurusan. Ibu-ibu bunting memerlukan pengurusan rapi sebulan atau 2 minggu sebelum dan selepas beranak, makanan bermutu da lebih baik hendaklah diberikan kepada mereka. Ini adalah untuk menentekan kesihatan ibu dan anak-anak. Guni yang bersih boleh digunakan untuk mengalas bahagian lantai atau dinding untuk melindungi anak dri kesejukan.Baka Jantani.baka-baka janan biasanya dikandangkan berasingan daripada yang betina. Mereka dicampurkan hanya apabila hendk dibiakkan. Setiap ekor kambing jantan baka biasanya disimpan dalam kandang berasingan supaya pergaduhan dan kecederaan dapat dielakkan.Setiap ekor jantan bolehlah digunakan untuk20 ekor betina.ii.Anak-anak jantan untuk dijadikan baka hendaklah dijaga dengan baik dari segi makanan dan juga kesihatan. Ternakan ini memerlukan banyak senaman dan pergerakan. Jika ini tidak mencukupi, ianya boleh menjadi malas dan tidak cergas. Ternakan berkenaan hendaklah mempunyai kaki yang baik dan juga kuku hendaklah sentiasa dipotong supaya ianya tidak terlalu panjang dan tidak mengganggu semasa mengawan dan menjejaskan kesihatan.Anak-anak jantan boleh mengawan dan membiak dalam lingkungan umur 9 bulan, tetapi dinasihatkan tidak digunakan sebelum umur setahun.Pengurusan PenggemukanJika kambing-kambing dipelihara hanya untuk digemukkan dan dijual untuk daging, penjagaan kambing-kambing adalah mudah.Factor penting di dalam Pemeliharaan cara begini adalah makanan. Makanan yang hendak diberi mestilah yang mempunyai zat yang tinggi dan baik.Anak-anak kambing boleh digunakan untuk penggemukan apabila umur telah meningkat enam bulan. Ia memerlukan masa di antara enam bulan hingga setahun di mana berat badan mencapai 20 – 25 kg. Ini bergantung kepada jenis makanan dan keupayaan kenaikan berat badan kambing tersebut. Dalam masa satu atau dua bulan sebelum dijual, adalah lebih baik jika diberikan makanan berkualiti dan mempunyai nilai protein yang tinggi.Pengurusan Kambing Sakit/CederaKambing yang sakit atau cedera perlu diasingkan dari kumpulannya dan deberi rawatan segera. Pihak Pejbat Perkhidmatan Haiwan wajib dihubungi untuk mendapatkan rawatan atau nasihat selanjutnya.PENGURUSAN AMPengurusan Am merupakan satu aspek yang perlu diutamakan juga, ia meliputi pengurusan:a.Kawasanb.Buruhc.jadual Pengurusand.Pengenalan Ternakane.Pengasianf.Mematikan Tandukg.Memotong Kukuh.Menggunting Bului.Kawalan KutuKawasanKebersihan kawasan kandang dan persekitaran perlu diutamakan setiap masa. Peparitan atau longkang disekeliling kandang dan kawasan mesti berfungsi dengan sempurna. Najis yang dibuang atau dikumpulkan jangan terlalu dekat dengan kandang. Kawasan pastura untuk ragutan atau potong perlu dipagari dengan kukuh. Dengan ini memudahkan pengurusan meragut dan mengelakkan pencapuran yang menyebabkan perkahwinan tidak diingini.BuruhBuruh samada yang diupah atau sendiri mestilah diuruskan supaya kerja-kerja lebih teratur dan mudah. Sebagai contoh sementara menunggu kambing dilepaskan meragut, bersihkan dahulu palung makanan dan memotong rumput. Apabila kambing dilepaskan sahaja, kandang perlu dibersihkan. Begitulah seterusnya kerja-kerja lain haruslah diuruskan secara teratur.Jadual PengurusanPenyelarasan bagi kerja-kerja jangkamasa panjang dan tugas harian perlulah diatur dari semasa ke semasa. Jadual pengurusan untuk jangka masa panjang seperti mendkacuk, beranak, mematikan tanduk, mengkasi, memotong kuku, kawalan kutu dan pemberian ubat cacing perlu diatur dengan sisitematik. Jadual lain seperti jangka masa meragut di sesuatu petak, membaja, meracun rumpai mestilah di atur agar pembahagian jentera, buruh dan alat-alat lain dapat dibuat dengan tertib.PengenalanSekeping kad rekod ternakan perlu disediakan apabila sahaja seekor anak dilahirkan. Penandaan boleh dibuat samada dengan memasang tag plastic ataupun ditatoo di telinganya supaya mudah pengenalan.PengasianPengasian anak kambing jantan yang tidak dijadikan baka boleh dibuat pada umur 4- 5 minggu. Proses ini dapat mempercepatkan kadar tumbesaran, paling sesuai jika digemukkan untuk penjualan, juga dapat mempertinggikan kecekapan pengurusan pembiakbaik.Mematikan TandukPertumbuhan tanduk perlu dimatikan diperingkat anak untuk mengurangkan kecederaan antara sesamanya,disebabkan perkelahian atau kemalangan. Untuk tanduk yang telah tumbuh ia perlu dipotong.Memotong KukuKambing yang tidak dilepaskan keluar dalam jangkamasa yang panjang menyebabkan kukunya menjadi panjang. Ini akan menyusahkan ia berjalan dan menyebabkan jangkitan penyakit kalau tidak dibersihkan. Maka, kukunya perlu dipotong dan dibersihkan dari kotoran.Menggunting BuluKambing kacukan terutamanya mempunyai bulu yang agak panjang perlulah dibersihkan. Bulu yang kotor menjadi sumber penyakit dan tempat pembiakan kutu. Bulu disekitar tetek perlu digunting untuk memudahkan pemerahan juga mengelakkan bulu bercampur dengan susu. Gunakan gunting elektrik atau tangan untuk tujuan ini.Kawalan KutuMasalah kutu tidak akan selesai bagi kambing dalam kelompok yang besar dan bercampur antara sesamanya. Kambing diberikan samada semburan ubat kutu atau dimandikan di dalam kolam mandi kutu, bagi membunuh kutu yang bersarang pada badan kambing.RINGKASAN 8Pengurusan yang baik dan sistematik dapat meninggikan prestasi pengeluaran ternakan. Pengurusan terbahagi kepada dua iaitu pengurusan ternakan dan pengurusan am. Pengurusan ternakan bermula dari lahir, dewasa, bunting dan beranak. Penjagaan yang rapi perlu dibuat kepada anak kambing yang baru lahir, membesar dan ibu yang bunting. Pengurusan am pula meliputi pengurusan kawasn, buruh, jadual kerja, pengenalan, pengkasian, mematikan tanduk, memotong kuku, menggunting bulu dan kawalan kutu.