Thursday, August 13, 2009

Formula Menjadi Jutawan Melalui Proses Kreatif

Untuk membina sesuatu daripada tiada apa-apa memerlukan satu proses yang spesifik. Berita baik untuk anda semua yang bercita-cita dan berkongsi impian serta matlamat seperti saya untuk menjadi jutawan ialah ia tidak memerlukan wang untuk mendapatkan wang.
..
Apa yang diperlukan ialah dengan mengikuti satu formula yang saya namakan Proses Kreatif. Ia terdiri daripada empat fasa...Fasa Pertama
Fasa yang pertama ialah mengetahui, percaya dan berangan-angan. Ini merupakan bentuk pemikiran dan mentaliti yang paling tinggi dan patut dimiliki oleh setiap orang. Apabila anda tahu anda akan mencapai taraf jutawan, memiliki kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan dalam hidup, satu dorongan dan motivasi secara semula jadi akan wujud dalam diri. Ada sesetngah pihak memanggil ia 'Positive Knowing'. .
Pastikan anda ada kepercayaan ini. Ini membawa kepada ciri yang kedua iaitu mempercayai. Anda perlu yakinkan diri dan beritahu minda separa sedar yang anda percaya yang anda akan mencapai matlamat untuk menjadi seorang jutawan. Kadang-kadang jika ada orang yang bertanya tentang matlamat saya untuk menjadi jutawan empat tahun dari sekarang saya katakan, "Saya kurang pasti bila dan bagaimana secara spesifiknya tetapi saya PERCAYA saya akan mencapainya.".
Ia lebih kepada visi yang sukar dilihat dan dirasai oleh sesiapa pun, hanya diri sendiri yang lebih tahu. Jadi letakkan kepercayaan bahawa anda akan menjadi jutawan satu hari nanti. .
Ciri yang ketiga ialah berangan-angan. Anda harus mempunyai impian dan berangan-angan walau apapun keadaan pada masa kini dan akan datang. Jika anda telah berjaya memperolehi RM1 juta dalam hidup kelak, impikan untuk mendapat dua juta ringgit selepas itu. Jika anda telah mempunyai rumah, impikan untuk mempunyai sebuah rumah yang lebih besar dan cantik. Bukan sebab kita tamak tetapi impian harus ada dalam diri untuk mendorong seseorang itu menjadi lebih baik. Teruskan berangan-angan dan usaha ke arah mencapainya!
.
Fasa Kedua
Fasa ini dipanggil fasa berfikir. Pemikiran anda adalah diibaratkan sebagai satu tenaga. Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana kajian yang dibuat menunjukkan apa yang terjadi dalam hidup kita adalah hasil daripada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan dunia ini banyak wang maka dunia ini sememangnya banyak wang untuk diperolehi. Jika kita fikir hidup ini indah dan orang ramai sangat baik dan membantu, itulah yang akan anda rasai dan fikirkan.
..
Gunakan pemikiran anda ke arah yang positif dan ia bukan sahaja akan membantu anda dalam usaha menjadi jutawan malahan ia akan menarik perkara yang positif dalam hidup.
.
Fasa Ketiga
Ia dipanggil percakapan anda. Selalunya percakapan yang anda tuturkan lahir daripada apa yang anda fikirkan. Jika anda katakan dan beritahu semua orang yang anda akan mencapai kedukan kewangan yang lebih baik maka perkara itu tidak mustahil akan berlaku.
.
Ada satu keadaan saya sendiri alami apabila berkunjung ke rumah kawan. Dia kata, "Alamak..susah sungguh nak jaga budak-budak sekarang ni, nakal sungguh, tak dengar kata". Tak lama lepas tu, cuba teka apa yang saya lihat?
Memang anak dia nakal dan agak lasak. Jagi berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan kerana ia selalu bertukar menjadi kenyataan kelak. Begitu juga matlamat anda, ia harus diulang setiap hari sekurang-kurangnya lima kali.
.
Fasa Keempat
Yang terakhir ialah melakukan. Anda perlu laksanakan apa yang anda ingin buat setelah segala perancangan telah siap. Jangan tunggu sehingga semua perkara okay baru untuk mulakan. Anda perlu lakukan sahaja dengan apa sahaja sumber yang ada, yakin dan belajar daripada kesilapan dan tingkatkan diri anda selangkah demi selangkah. Bak kata iklan komersil NIKE, Just do it!
.
Proses kreatif ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan sebagai tambahan untuk mejadikannya lebih berjaya,ini tip berguna. Untuk mempastikan proses kreatif berjaya apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengundurkan proses kereatif iaitu anda perlu lakukan apa yang ingin anda lakukan, bercakap dan beritahu semua orang, berfikir dan kemudian berimpian dan kemudian mempercayai dan kemudian mengetahui. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!


Success = (S+K) x A

Formula di atas bagi saya adalah yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan, di mana S (Skill), K (Knowledge) dan A (Attitude). Bayangkan A = 0, hasilnya 0. Dengan itu maka jelaslah di sini, kejayaan sesuatu perniagaan adalah amat bergantung kepada sikap seseorang kerana walau sebanyak mana pengetahuan dan skil yang ada pada seseorang usahawan tapi jika sikapnya tidak bersungguh-sungguh atau mudah berputus asa maka dia tidak akan berjaya.
..
Contoh yang paling biasa diketengahkan ialah pengasas KFC iaitu Kolonel Saunders yang pada peringkat awalnya cuba menjual idea perniagaan ayam goreng kepada lebih 1000 restoran tetapi mendapat penolakan. Bayangkan kalau beliau berputus asa dan tidak meneruskan usahanya itu.
..
Begitu juga adik-beradik Wright yang mencipta kapal terbang. Jika mereka mendengar pandangan orang lain yang usahanya tidak berjaya serta ditambah dengan banyak kegagalan dalam percubaannya, nescaya kita tidak akan dapat melihat kapal terbang sehingga kini.
Posted by Nizamsky at 18:13


4 sikap pemusnah perniagaan

saya ingin bercakap tentang sikap-sikap buruk yang boleh menghalang seseorang itu dari mencapai kejayaan di dalam perniagaannya.
1) Tidak boleh diharap
Ini adalah masalah utama kebanyakkan ahli-ahli perniagaan kecil. Ketidakcekapan di dalam mengurus masa, tidak berupaya menghantar produk/perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan serta tidak mampu berdikari adalah beberapa penyebab pelanggan menjauhkan diri dari peniaga tersebut.
Jika anda adalah seorang peniaga, anda perlulah menenpati janji, membuat panggilan semula kepada pelanggan-pelanggan anda serta penuhi harapan pelanggan anda. Kebanyakkan pelanggan tidak akan menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada peniaga, mereka hanya senyap , berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Kemudian, anda sebagai peniaga akan mula terpinga-pinga dan menyalahkan keadaaan ekonomi yang kurang memberangkan pada waktu ini.
2) Mengurangkan harga
Seringkali, peniaga-peniaga akan cuba menurunkan harga produk mereka sebagai satu teknik untuk memenangi hati pelanggan. Kalau buat sesekali sempena perayaan atau pesta jualan murah tu.. oklah juga. Tapi kalau selalu sangat dan menjadikan “harga murah” sebagai salah satu prinsip perniagaan anda. Ia kadangkala boleh memberikan kesan buruk kepada perniagaan anda. Keuntungan yang terlalu sedikit kadangkala menyukarkan anda untuk menampung kos pengeluaran anda. Selain itu, harga produk @ servis yang terlalu murah juga, boleh memberikan anggapan bahawa produk & perkhidmatan anda kurang bermutu.
Saya pernah melihat seorang pemilik restoran yang mengeluh kerana kenaikan harga barang-barang mentah seperti tepung, gula, susu, tepung dan sebagainya. Dia juga berasa agak keberatan untuk menaikkan harga jualan makanan di restoran beliau. Beliau berpendapat, jika beliau menaikkan harga makanan di restoran beliau, sudah pastinya ramai pelanggan beliau akan lari. Disebabkan itu, beliau mengalami sedikit masalah untuk membayar beberapa bil operasi perniagaan beliau seperti bil elektrik , air dan sebagainya.
Tetapi, apa yang menariknya, tidak jauh dari restoran beliau itu, terdapat sebuah lagi restoran makanan yang menjual makanan yang sama dengan restoran beliau, tetapi harganya 50sen lebih mahal. Dan restoran tersebut.. sentiasa dipenuhi orang..
Kadang-kala.. realiti adalah jauh berbeza dari apa yang kita bayangkan..
3) Tidak meminta/menerima nasihat
Seringkali juga, mereka-mereka yang ingin memulakan perniagan, tidak mahu menermima sebarang nasihat tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan. Dan ini, adalah salah satu sebab mengapa 97% perniagaan gagal pada 3 tahun pertama mereka. Memandangkan perkara itu, adalah lebih bijak sekiranya anda, mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar tentang perniagaan yang ingin anda ceburi.. ketahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai di dalam memulakan perniagaan dan cuba elakkannya.
Jangan terlalu takut untuk mengeluarkan wang anda untuk melabur kedalam ilmu-ilmu serta khidmat nasihat pakar. Anda boleh membeli buku, majalah, menghadiri seminar dan sebagainya. Kos pelaburan itu lebih murah jika hendak dibandingkan dengan masa, usaha dan tenaga anda di dalam membuat sesuatu yang membawa kepada kegagalan.
4) Minda ingin cepat kaya
Satu sikap yang sering merosakkan operasi perniagaan adalah kerana sikap pemiliknya yang mempunyai nafsu serakah yang sangat kuat. Pantang ada untung lebih skit, mereka akan ambil duit tersebut dan menggunakannya untuk membeli sesuatu yang dapat memuaskan nafsu mereka seperti kereta mewah, sofa baru, TV plasma, baju berjenama mahal , kasut LV dan sebagainya. Tingkahlaku sebegini sudah pastinya akan menganggu aliran tunai di dalam sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut baru bermula.
Ada juga sesetengah pemilik perniagaan yang beranggapan,perniagaan beliau akan mendapat keuntungan yang besar pada hari pertama beliau membuka perniagaan beliau. Untuk membina sebuah perniagaan yang kukuh dan stabil, memerlukan masa dan pengalaman. Malangnya, ramai usahawan yang tidak sabar dan mudah berputus asa, sekaligus menutup peluang-peluang yang mampu menjadikan perniagaan mereka berjaya.
Jadi, jika anda adalah seorang usahawan yang sengsara di dalam perniagaan anda, pastikan ianya tidak berpunca daripada sikap anda.


3 faktor penentu kejayaan perniagaan anda

Di dalam apa-apa jua perniagaan pun.. terdapat 3 faktor yang akan mempengaruhi sama ada perniagaan itu akan berjaya atau gagal. Tidak kiralah sama ada ia perniagaan konvensional. perniagaan internet, perniagaan mlm mahupun perniagaan jalanan. 3 faktor yang akan saya nyatakan ini, adalah faktor asas..
1) Komitmen Diri
Apabila anda ingin menjalankan sesuatu perniagaan, faktor yang paling utama ialah mengenai diri anda. Sejauh mana anda dapat memberikan komitmen kepada perniagaan anda? Kebanyakkan perniagaan gagal adalah disebabkan oleh kurangnya komitmen daripada pengusaha perniagaan tersebut.
Sebagai contoh, perniagaan kedai roti. Bolehkah anda membuka kedai anda ikut suka hati anda?… Hari isnin anda buka… hari selasa anda tutup.. hari rabu. anda buka setengah hari… tapi kalau rasa-rasa macam malas.. anda tak buka langsung. Kemudian, lain hari.. kalau rasa sangat rajin.. and abuka kedai roti anda dari pagi sampai malam. Esoknya, rasa penat, buka setengah hari.. sebelah petang sahaja!
Oh!.. 2 bulan…. kompem.. kedai tutup terus…
Begitu juga dengan perniagaan internet, khususnya perniagaan yang berasaskan perkhidmatan. Hari ini, layan customer.. sangat cemerlang dan pantas.. esok, lambat sedikit.. lusa.. sebab ada exam.. 2-3 hari tak reply email. Lepas exam.. laju semula… ya.. ini adalah masalah yang seringkali dialami oleh mereka yang menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar. Tidak ada salahnya untuk anda menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar.. tetapi seelok-eloknya pastikan anda mampu memberikan komitmen yang “sebaiknya”. Kalau boleh, elakkan perniagaan yang berbentuk “servis” (seperti webhosting & training).. kerana perniagaan yang berbentuk servis selalunya, memerlukan “komitmen” yang tinggi. (lainlah kalau anda mampu mengupah pekerja.. itu lain citerlaa..). Customer yang “ganas”…. tidak akan peduli sama sekali apa masalah anda.. anda tgh exam ke? tgh putus cinta ke? mereka peduli apa?… itu masalah anda.. bukan masalah mereka.. apa yang mereka tahu, mereka bayar anda dan mereka mahukan produk (hak) mereka.. business is business.. if you can’t serve or deliver.. you better not doing a business.. pergh!
2) Produk yang berkualiti
Faktor yang kedua ialah produk. Jika anda berkomitmen tinggi sekali pun.. tetapi jika produk anda tidak bagus! Perniagaan anda pasti akan gagal.
Siapa yang nak beli roti yang masin & keras?Siapa nak beli pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit muka mengelupas?..Siapa yang nak beli hosting yang selalu down 24/7?Siapa yang nak beli webdesign yang buruk dan menghinakan?
Jadi… sebelum anda menjual apa-apa produk.. pastikan produk anda berkualiti!Bagaimana nak tahu ia berkualiti atau tidak? Ada banyak cara.. boleh gunakan kaedah beta tester, produk review, product consultation ataupun benchmark score.
3) Strategi Pemasaran (Marketing Strategy)
Ini juga adalah merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu berjaya atau tidak. Strategi pemasaran adalah termasuk kaedah promosi, lokasi perniagaan (bagi perniagaan konvensional) , pembungkusan produk, pengiklanan, pricing, branding dan sebagainya. Saya kira ramai yang sudah tahu tentang perkara ini.
Bagi perniagaan konvensional.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. lokasi.. lokasi.. lokasi..
Bagi perniagaan internet pula.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. promosi.. promosi.. promosi..
Tanpa strategi pemasaran yang baik… tidak ada gunanya anda mempunyai produk yang terbaik di dunia serta komitmen diri yang tinggi menggunung. Ia tidak akan berhasil. Jadi, rangka dan laksanakan strategi pemasaran anda sebaik mungkin.
Ok.. itulah antara 3 faktor penting yang dapat saya kongsikan dimana, ianya akan mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan . Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan dan ambil mudah 3 faktor ini, ia adalah faktor kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalan perniagaan anda.


3 SIKAP MENGAPE TAK JADI JUTAWAN...



Selain daripada ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga peluang… "sikap (attitude)" juga adalah merupakan salah satu faktor yang paling penting di dalam menentukan kejayaan anda. Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal dan mengubah sikap anda agar ia tidak menjadi penghalang kepada kejayaan anda.
Jika hendak diceritakan tentang sikap-sikap baik yang perlu ada untuk membolehkan anda menjadi jutawan.. sudah pastilah ia terlalu banyak. Dari sikap suka berfikiran positif, baik hati, mesra, rendah diri, jujur, gigih, ikhlas hinggalah kepada sikap suka tolong-menolong.Memang terlalu banyak untuk disenaraikan…
Tapi pada kali ini, saya ingin bercerita tentang 3 sikap negatif yang perlu anda elak dan buang jauh-jauh dari dalam diri anda jika anda ingin menjadi jutawan. Jika anda berjaya mengikiskan 3 sikap ini dalam diri anda, insyallah.. jalan untuk anda menjadi jutawan, akan semakin mudah.
Apakah 3 sikap buruk yang perlu dikikis dan dibuang tersebut?

1) Menyalahkan Orang lain
. Sikap yang hanya suka menyalahkan orang lain tidak akan membawa diri kita kemana-mana. Dengan menyalahkan orang lain.. bermaksud, kita enggan untuk meng"hasabah" diri, jesteru, ia akan menyebabkan kita tidak akan dapat melihat segala kekurangan diri dan memperbaikinya. Apabila tidak memperbaiki diri.. maka, susahlah nak jadi jutawan.
Oleh itu, sentiasa "take 100% responsibility" diatas segala hasil dan akibat yang anda terima dari usaha anda. Jika ia berjaya.. ia adalah disebabkan anda.. dan jika ia gagal.. ia juga adalah disebabkan anda.

2) Komplen tak sudah-sudah
Ini satu lagi sikap yang perlu anda hindarkan di dalam diri anda. Jangan terlalu mudah merungut dan membuat komplen. Membuat komplen menunjukkan fkiran anda sedang menumpu kepada "masalah".. dan ini akan menyebabkan hidup anda lebih tertekan. Untuk berjaya, fikiran dan fokus kita perlulah lebih kepada "penyelesaian masalah" dan bukannya kepada "masalah" tersebut.
Mungkin ada yang kurang faham.. tak mengapa.. saya bagi contoh.
Contohnya.. anda kini sedang berada di lapangan terbang dan ingin menaiki pesawat dalam masa 30 minit lagi. Tiba-tiba, satu pengumuman dibuat yang menyatakan penerbangan anda terpaksa ditunda sehingga 3 jam.
Bagi orang yang bersikap "un-jutawan" dan suka komplen… mereka akan mula..
memikirkan masalah baru yang akan muncul akibat kelewatan penerbangan tersebut
mereka akan fikirkan tentang meeting mereka yang akan terlepas
mereka akan fikirkan projek yang cuba mereka dapatkan akan terlepas
mereka akan fikirkan kesan buruk yang akan menimpa syarikat mereka akibat terlepas projek tersebut
mereka akan fikirkan syarikat mereka terpaksa membuang pekerja
mereka akan fikirkan pekerja-pekerja mereka memberontak
mereka akan fikirkan syarikat mereka kena saman dan terpaksa ditutup
mereka fikirkan mereka akan bangkrap
mereka akan fikirkan kekecewaan serta kesusahan hidup yang mereka akan hadapi
Akhirnya.. mereka mengambil keputusan untuk membuat komplen kepada syarikat penerbangan dan minta ganti rugi kepada keseluruhan kerugian yang akan mereka alami di dalam hidup mereka.
Lihat.. itu contoh orang yang suka menumpukan fikiran mereka kepada masalah. Mereka akan fikirkan apakah masalah seterusnya yang akan mereka hadapi disebabkan masalah yang mereka hadapi sekarang.. mereka hanya akan fikirkan masalah.. masalah.. masalah.. dan masalah..
Berbeza dengan orang tidak suka membuat komplen, pemikiran mereka lebih fokus kepada "bagaimana hendak menyelesaikan masalah" tersebut… fikiran mereka dengan pantas akan mula mencari-cari kaedah penyelesaian yang terbaik yang boleh mereka lakukan.
Mereka akan mula mencari-cari option yang lain seperti, menaiki bas? kereta? LRT? komuter? feri? teksi? helikopter? dan sebagainya.. yang penting mereka akan berusaha sendiri dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.. dan bukannya hanya menunggu. melihat.. dan kemudian membuat komplen.
Jadi.. berhenti membuat komplen. Ia hanya akan membuatkan diri berasa tertekan dan terus berada di dalam situasi yang lemah dan tidak berdaya.

3 ) Membuat alasan.. untuk menyedapkan hati
Anda mesti pernah dengar orang kata..
"Ala.. kekayaan itu tak penting! Tak kaya pun tak kisah!"..
Orang yang berkata begini memang confirm tidak akan jadi kaya. Cuba anda tukarkan perkataan "kekayaan" itu kepada keluarga ataupun "sahabat"..
Ia akan berbunyi.. "Alaa.. keluarga itu tidak penting! Tak ada keluarga pun tak kisah!"..
Eee.. teruk bukan bunyinya? Jika anda berkata begitu, sudah pastinya keluarga anda akan menjauhi anda.. begitu juga jika anda mengatakan "sahabat itu tidak penting".. sudah pastinya sahabat-sahabat anda juga akan mula menjauhi anda. Sebab anda tidak tahu menghargai mereka dan menganggap mereka tidak penting di dalam hidup anda. Jadi, mengapa mereka perlu menghampiri anda?
Begitulah juga dengan kekayaan.. jika anda rasa kekayaan itu tidak penting.. maka.. sudah pastinya kekayaan itu akan menjauhi diri anda. Sebab itu saya kata.. orang yang berkata begitu, confirm takkan kaya!.
Ada juga sesetengah orang suka mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian dan segala-galanya..".. betul ke?
Memang betul! Setiap benda perlu digunakan pada tempatnya yang betul.. begitu juga wang.. anda perlu menggunakan ia pada tempat yang betul bersesuaian dengan fungsinya. Wang memang tidak boleh membeli kebahagian tetapi ia boleh membeli rumah yang besar, keta yang besar, perabot yang cantik dan sebagainya untuk membina kehidupan yang bahagia.
Begitu juga dengan cinta & kebahagian.. anda rasa anda boleh beli makanan, minuman, pakaian dan rumah hanya dengan cinta?.. Cubalah ambil makanan di kedai dan kemudian cium makcik gerai tu sebagai tanda anda membayar makanan anda dengan cinta & kasih sayang. Ho! ho! ho! Boleh jadi anda kena pelangkung dengan tong gas nanti..
Jadi.. bagi saya, alasan yang mengatakan "Wang tidak boleh membeli kebahagian.." hanyalah alasan untuk menyedapkan hati dan memaksa diri untuk tidak bergerak dari zon selesa… yang akhirnya.. membuatkan diri kita hanya "begitu-gitu" sahaja disitu.

Akhir kata, jika anda ingin menjadi jutawan @ orang yang berjaya.. anda perlulah kikis dan buang jauh-jauh 3 sikap buruk yang saya nyatakan diatas. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti merungut dan berhenti membuat alasan. Fikirkan perkara yang positif dan usahakan… insyallah cita-cita & impian anda akan tercapai!


TIPS POWER UNTUK MELAYAN PELANGGAN...



Hari ini saya nak berkongsi sedikit tips tentang bab “Khidmat Pelanggan”. Ramai juga peniaga-peniaga dan usahawan yang seringkali terlepas pandang mengenai perkara ini. Bagi mereka selepas mereka berjaya menjual sesuatu barang kepada pelanggan, ianya selesai sampai disitu sahaja. Sedangkan, “pelanggan yang setia” adalah seperti oksigen kepada sesebuah perniagaan untuk memastikan ia terus hidup.
Semua orang inginkan pengalaman yang menggembirakan, termasuk juga pelanggan. Mereka mahu anda (usahawan) memberikan sedikit perhatian serta menghargai mereka. Salah satu rahsia bagaimana sesebuah perniagaan boleh menjadi kukuh dan stabil ialah dengan memastikan pelanggan mereka terus datang dan datang dan datang semula kepada mereka.
Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tips berkaitan “khidmat pelanggan”, dimana anda mungkin boleh mencuba dan mengaplikasikannya untuk perniagaan anda.

Sentuhan Peribadi
Jika boleh, berhubunglah dengan pelanggan-pelanggan anda sehingga ke tahap peribadi (personal level). Orang selalunya akan membeli menerusi orang yang mereka kenali dan percayai. Sentiasa bersikap mesra dan “membantu” apabila ada pelanggan yang datang ke premis / website perniagaan anda. Ianya tidaklah begitu sukar, kadangkala, hanya dengan senyuman dan bertanya khabar sahaja sudah mampu memberikan pelanggan tersebut sebuah pengalaman yang mengembirakan dan menyenangkan.

Tunaikan Janji
Jika anda mengatakan anda akan menghantarkan pesanan pelanggan itu pada hari esok, jadi, hantarkanlah ia esok. Tetapi jika terdapat sesuatu masalah berlaku dan anda tidak dapat menunaikan janji anda, beritahu mereka segera, mohon maaf dan berikan ganti rugi atau pemulangan wang semula kepada pelanggan anda jika perlu. Ini akan menjernihkan keadaan dan mempu meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.

Maklumbalas Pelanggan
Dari semasa ke semasa, cubalah dapatkan maklumbalas dari pelanggan anda mengenai perniagaan anda. Hanya perlu tanya sahaja mereka, apakah pendapat mereka mengenai produk atau perkhidmatan anda, dan apa yang menyebabkan mereka gemar membeli dari anda. Selalunya, pelanggan gemar untuk berkongsikan masalah yang mereka hadapi dan gemar untuk memberikan cadangan. Jadi, dengarkanlah jawapan mereka dengan penuh perhatian dan teliti.Ini akan banyak membantu anda untuk meningkatkan lagi mutu produk dan perkhidmatan anda di samping membina hubungan yang sangat baik bersama pelanggan, kerana mereka merasakan anda amat benar-benar menghargai mereka (kerana sudi mendengar pendapat mereka).
Memudahkan
Sentiasa memudahkan pelanggan anda, tidak kira sewaktu mereka ingin membeli ataupun ketika mahu menghubungi anda. Jika produk anda sentiasa laris, pastikan anda sentiasa menyediakan stok yang mencukupi untuk produk anda, jangan buatkan pelanggan berasa hampa disebabkan masalah kehabisan stok. Begitu juga jika pelanggan ingin menghubungi anda, berikan sebarapa banyak saluran perhubungan yang boleh untuk memudahkan mereka menghubungi anda seperti phone, email, yahoo mesengger, facebook, twitter, live chat dan sebagainya.

Menghubungi Semula (Follow up)
Cuba berikan penekanan kepada usaha-usaha menghubungi semula pelanggan dan prospek anda. Ini adalah satu-satunya cara yang terbaik untuk anda membina hubungan dengan pelanggan anda. Jika anda pemilik kedai, jangan biarkan pelanggan anda keluar dari premis anda tanpa meninggalkan sebarang nombor untuk menghubungi mereka. Proses follow up ini boleh dilakukan dengan menghantarkan kad, sms ataupun menelefon mereka. Hubungan baik yang terjalin bukan sahaja menjadikan pelanggan tersebut setia kepada anda, malah akan turut membuatkan mereka berasa gembira memperkenalkan perniagaan anda kepada rakan-rakan mereka.
Membina hubungan dengan pelanggan adalah bermakna melayan mereka dengan rasa hormat yang tinggi. Sentiasalah memberikan perkhidmatan serta produk yang terbaik kepada prospek serta pelangan anda dan mereka akan menjadi pelanggan kepada perniagaan anda untuk seumur hidup mereka.

sekian, terima kasih....


Tuesday, August 11, 2009

LAWATAN KE MELAKA LAGI.....

Sempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan , Zaman Agrofarm telah di jemput untuk turut serta dalam lawatan ke Melaka. Program ini Anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuantan. Lawatan ini telah diketuai oleh En Yusri dan disertai oleh 16 peserta yang terdiri Penternak kambing dan lembu di daerah kuantan....


Semasa di Melaka, Zaman sempat berjumpa dengan Khairul dari Azambest farm , Tuan Haji Omar, En Sufian dari Permatang agrofarm dan Ahli-ahli Persatuan Penternak Kambing Bumiputra Melaka iaitu En hamid dari mixgoat.
Berikut adalah gambar yang telah dirakamkan semasa di HPPNK :










Pemandangan Pusat Planetarium sains di MITC.













Kambing oh kambing.....








Kandungan Nutrisi dalam kambing...Manyak Bagus dari ayam dan lembu oooo













En. Yusri sedang melawat Booth kambing..Mulanye kata nak singgah kat kandang kat Prusidence masa balik tapi entah macamana pilot sesat.....so makan buah langsat 3 kilo..









Model kandang kambing Mardi....Canggih dan Mangihhhh...









TERIMA KASIH KEPADA JABATAN VETERINAR DAERAH KUANTAN TERUTAMA EN. YUSRI KERANA SUDI MENJEMPUT ZAMAN AGROFARM DALAM LAWATAN INI..

TERIMA KASIH DAUN KELADI..JANGAN LUPA JEMPUT LAGI

Saturday, August 8, 2009

RAHSIA PERNIAGAAN ORANG CINA...

Rahsia Bisness Orang Cina Bekerja Keras!Sejarah bisnes orang cina:

“Jika dahulu berniaga air di tepi jalan , maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang air dalam tin.”

“Jika maju lebih Berjaya daripada orang lain, kita tidak mempunyai pilihan kecuali bekerja dengan lebih kuat dan rajin”

Falsafah Bisnes Orang Cina:
“ Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatkannya bangkit semula”“Wang digunakan untuk menghasilkan wang”
“Kegagalan pertama tidak bisa melunturkan semangat . Sebaliknya membuatkan kita bertambah gigih.Gagal kali kedua dijadikan pengajaran. Kegagalan kali ketiga dilihat kebijaksanaan. Gagal yang seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan”
“Apabila membabitkan diri dalam perniagaan , kita perlu menetapkan matlamat bagi mendapatkan keuntungan jangka panjang”
Seni Bisnes Orang Cina
“Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang.”
Tip 1: Seni berniaga cukup halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori . Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang sentiasa bersikap fleksibel.
Tip 2: Peniaga perlu bersikap ringan tulang , peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai saudara ataupun paling kurang , sebagai sahabat yang rapat.
Tip 3: Peniaga perlu mempunyai daya ketahanan , mental dan jiwa yang kuat.Amalan Bisnes Orang Cina:
“Tanpa rugi tidak mungkin akan dapat untung.”
Tip 1: Majikan yang baik dan bertanggungjawab akan merangsang pekerjanya supaya bekerja lebih kuat dan berkhidmat dengan sepenuh hati.Etika Bisnes orang Cina:
“Kerugian jangka masa singkat adalah laluan bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang”
Tip 1: Peniaga tidak boleh terlalu rigit. Sebaliknya perlu membenarkan proses tawar menawar.Rahsia Bisnes Orang cina:“ Walaupun kasih sayang dan ketaatan tidak dapat di nilai dengan wang ringgit tetapi kekayaaan akan dapat memberikan kebahagian dan meningkatkan status sosial keluarga dalam masyarakat.”
Tip 1: Wang tidak pernah dijadikan sebagai halangan . Asalkan ada kemahuan , disitu ada jalan. Yang penting, kena berusaha , tabah dan tahan untuk hidup susah.Petua Bisnes Orang Cina:“Petua untuk Berjaya dalam bidang perniagaan adalah menjadi peniaga yang boleh dipercayai , mudah berurusan dan tidak cerewet.”
Bagi menjadi peniaga yang Berjaya, mereka perlu dapat memberi dan mendapatkan keyakinan para pelanggan.
Peniaga Cina tidak takut dan tidak kedekut mengeluarkan sedikit perbelanjaan asalkan mereka dapat menangkap dan memikat pelanggan.Kejayaan Bisnes Orang Cina
“Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya amat manis sekali”Bakat Bisnes Orang Cina “Dimana ada air disitu ada Orang Cina”
Antara cirri-ciri yang dapat menunjukkan seseorang itu mempunyai bakat berniaga adalah mukanya bulat, dan manis dipandang, badan berisi, dahi cerah dan luas serta ghairah dengan wang.”(baca boleh,percaya jangan)Kemahiran Bisnes Orang CinaEmas yang tersembunyi hanya dapat dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan mengggalinya.
Usahawan dan peniaga tulen tidak pernah menjadikan tempat sebagai alas an untuk tidak berniaga.
Dalam bidang perniagaan , tidak ada istilah sakit. Yang ada bangkit dan jangan takut pada benda yang pahit.
Mahir atau tidak seseorang peniaga hanya dapat diketahui selepas ia Berjaya mengatasi segala rintangan yang dihadapi dalam perniagaan yang berisiko tinggi



ORANG TAK SENANG MELIHAT KITA SENANG


Kita boleh terperangkap masuk ke pemikiran negatif tak sampai satu saat sebab kita biasanya cepat naik marah. Orang sekeliling akan berusaha sekuat mungkin membuat kita marah, membuat kita geram. Kekadang sengaja nak mengenakan kita, supaya kita cepat marah.
Mereka seronok kacau kita.
Bila Anda memilih untuk menjadi sesuatu yang lain dan lari dari kebiasaan, Anda akan berdepan dengan seribu satu kesusahan, halangan, cabaran, tekanan, kemarahan dan kerumitan sebab tak ramai orang suka melihat Anda senang.
Tak ramai orang suka melihat Anda berusaha memperbaiki diri Anda. Buka mata, lihat sekeliling Anda lalu fikir, Anda akan setuju dengan apa yang saya kata.
Nak lawan fikiran negatif, caranya fokus fikiran 100% pada yang positif! Jangan lawan fikiran negatif, tapi latih diri untuk sentiasa ke arah fikiran positif. Lama-kelamaan diri Anda akan terbiasa berfikiran positif!.
Sebab? Apa yang kita lawan, itulah yang akan makin banyak kita dapat. Kita lawan penyakit, kita akan makin banyak dapat penyakit kerana difikiran kita penuh dengan perkara-perkara berkaitan penyakit.
Jadi, mengapa kita tak fokus pada usaha membina kesihatan?
Bukankah itu penyelesaian yang lebih baik kesannya?
Telandan yang kita dapat pelajar kali ni adalah, kita kena terima hakikat, orang tak senang melihat kita senang. Mereka tak senang melihat kita rajin memperbaiki diri, sebab mereka tak suka kita lebih maju daripada mereka.
Lupakan mereka, biarkan mereka. Diri kita, kejayaan kita, itu lebih penting dari asyik melayan sakit hati kita pada orang yang tak senang melihat kita senang.....



Friday, August 7, 2009

HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2009 MITC MELAKA

HARI PELADANG PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN 2009 MITC MELAKA

Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 akan diadakan pada 10 hingga 16 Ogos 2009 di MITC Melaka.Pelabagai aktiviti merangkumi pameran dan jualan ada disini.Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 dijangkakan dirasmi oleh PM kita. Saya yakin pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini pelbagai tekonologo baru akan dipamerkan yang meliputi bidang penternakan, akuakultur, makanan dan macam-macam ada...Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini dijangkakan meriah dan saya ada dengar pelbagai produk akan djual pada harga yang berpatutan. Sesiapa yang nak cari pokok bunga,buah, benih herba,kraftangan ataupun dan cari produk untuk jualan hari raya nanti elok bebenar datang ke Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 ini. Seluruh warga pertanian kerajaan akan ada booth - booth pameran di Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 dan kita semua perlu rebut peluang ini untuk mendapat info berkaitan pertanian di Ekspo khusus untuk mereka yang terlibat dalam bidang pertaniaan.