Thursday, August 13, 2009

4 sikap pemusnah perniagaan

saya ingin bercakap tentang sikap-sikap buruk yang boleh menghalang seseorang itu dari mencapai kejayaan di dalam perniagaannya.
1) Tidak boleh diharap
Ini adalah masalah utama kebanyakkan ahli-ahli perniagaan kecil. Ketidakcekapan di dalam mengurus masa, tidak berupaya menghantar produk/perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan serta tidak mampu berdikari adalah beberapa penyebab pelanggan menjauhkan diri dari peniaga tersebut.
Jika anda adalah seorang peniaga, anda perlulah menenpati janji, membuat panggilan semula kepada pelanggan-pelanggan anda serta penuhi harapan pelanggan anda. Kebanyakkan pelanggan tidak akan menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada peniaga, mereka hanya senyap , berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Kemudian, anda sebagai peniaga akan mula terpinga-pinga dan menyalahkan keadaaan ekonomi yang kurang memberangkan pada waktu ini.
2) Mengurangkan harga
Seringkali, peniaga-peniaga akan cuba menurunkan harga produk mereka sebagai satu teknik untuk memenangi hati pelanggan. Kalau buat sesekali sempena perayaan atau pesta jualan murah tu.. oklah juga. Tapi kalau selalu sangat dan menjadikan “harga murah” sebagai salah satu prinsip perniagaan anda. Ia kadangkala boleh memberikan kesan buruk kepada perniagaan anda. Keuntungan yang terlalu sedikit kadangkala menyukarkan anda untuk menampung kos pengeluaran anda. Selain itu, harga produk @ servis yang terlalu murah juga, boleh memberikan anggapan bahawa produk & perkhidmatan anda kurang bermutu.
Saya pernah melihat seorang pemilik restoran yang mengeluh kerana kenaikan harga barang-barang mentah seperti tepung, gula, susu, tepung dan sebagainya. Dia juga berasa agak keberatan untuk menaikkan harga jualan makanan di restoran beliau. Beliau berpendapat, jika beliau menaikkan harga makanan di restoran beliau, sudah pastinya ramai pelanggan beliau akan lari. Disebabkan itu, beliau mengalami sedikit masalah untuk membayar beberapa bil operasi perniagaan beliau seperti bil elektrik , air dan sebagainya.
Tetapi, apa yang menariknya, tidak jauh dari restoran beliau itu, terdapat sebuah lagi restoran makanan yang menjual makanan yang sama dengan restoran beliau, tetapi harganya 50sen lebih mahal. Dan restoran tersebut.. sentiasa dipenuhi orang..
Kadang-kala.. realiti adalah jauh berbeza dari apa yang kita bayangkan..
3) Tidak meminta/menerima nasihat
Seringkali juga, mereka-mereka yang ingin memulakan perniagan, tidak mahu menermima sebarang nasihat tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan. Dan ini, adalah salah satu sebab mengapa 97% perniagaan gagal pada 3 tahun pertama mereka. Memandangkan perkara itu, adalah lebih bijak sekiranya anda, mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar tentang perniagaan yang ingin anda ceburi.. ketahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai di dalam memulakan perniagaan dan cuba elakkannya.
Jangan terlalu takut untuk mengeluarkan wang anda untuk melabur kedalam ilmu-ilmu serta khidmat nasihat pakar. Anda boleh membeli buku, majalah, menghadiri seminar dan sebagainya. Kos pelaburan itu lebih murah jika hendak dibandingkan dengan masa, usaha dan tenaga anda di dalam membuat sesuatu yang membawa kepada kegagalan.
4) Minda ingin cepat kaya
Satu sikap yang sering merosakkan operasi perniagaan adalah kerana sikap pemiliknya yang mempunyai nafsu serakah yang sangat kuat. Pantang ada untung lebih skit, mereka akan ambil duit tersebut dan menggunakannya untuk membeli sesuatu yang dapat memuaskan nafsu mereka seperti kereta mewah, sofa baru, TV plasma, baju berjenama mahal , kasut LV dan sebagainya. Tingkahlaku sebegini sudah pastinya akan menganggu aliran tunai di dalam sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut baru bermula.
Ada juga sesetengah pemilik perniagaan yang beranggapan,perniagaan beliau akan mendapat keuntungan yang besar pada hari pertama beliau membuka perniagaan beliau. Untuk membina sebuah perniagaan yang kukuh dan stabil, memerlukan masa dan pengalaman. Malangnya, ramai usahawan yang tidak sabar dan mudah berputus asa, sekaligus menutup peluang-peluang yang mampu menjadikan perniagaan mereka berjaya.
Jadi, jika anda adalah seorang usahawan yang sengsara di dalam perniagaan anda, pastikan ianya tidak berpunca daripada sikap anda.


No comments: