Wednesday, March 18, 2009

MAKANAN TERNAKAN KAMBING ( MUTIARA FEED GOAT )




Pallet Makanan Kambing


Kandungan Nutrien


Protein - min 12%


Tenaga Metabolisma - min 10.2Mj/kg


Kalsium - min 0.65%


Fosforus - min 0.45%


Garam - 0.50 - 1.0%


Vitamin A & D - min 2200 dan 300 i.u/kgSerat - min 15%



KAMBING AKAN MENJADI LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA. MURAH DARI HARGA PASARAN.

HARGA RM 40.00 ( 50 KILOGRAM )

ATAU JUALAN DI LADANG ZAMANAGROFARM RM 38.00 ( 50 KILOGRAM )

TEMPAHAN HUBUNGI MAMAN 0169368678

















Tuesday, February 10, 2009

EM UNTUK TERNAKAN DAN PERTANIAN




EM
EM (Mikrob Berguna / Effective and Beneficial Microorganisms) ialah sebatian dari hasil penapaian, unsur tanah dan mikrob berguna. Digunakan untuk meleraikan bahan organik. Diasaskan oleh Dr Teruo Higa, Ryukyu Univ.,Jepun pada 1980an. Mirip pada kaedah Masanobu Fukuoka dalam bukunya The One Straw Revolution. Juga mirip kepada kaedah Natural Farming. EM telah diterima pakai di 116 buah negara sejak penemuannya.Sifat EM secara amnya ialah cecair berwarna kuning coklat, berbau enak dan berasa masam.Diperbuat dari bahan organik tempatan dan boleh diminum oleh manusia dan haiwan. Boleh digunakan dalam :Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.Penternakan / Haiwan peliharaan untuk menghilangkan bau dan kesihatan.Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.Hanya ada dalam bentuk botol 1 liter Harga RM20.00/ 1 literEM untuk Ternakan/Ruminan(Lembu, kambing, arnab, dll)EM untuk Perikanan/Kolam (keli, tilapia, dll)EM untuk rumusan Getah dan Kelapa Sawit.Penghantaran sekitar Kuantan minima order 5 botol.Pengunaan samada beri ternakan minum atau sembur di najis untuk mengurangkan hancing air kencing, kolam keli di campur dalam kolam untuk menghilangkan hanyir kolam.

Maklumat lanjut sila lawati www.bakteriabaik.blogspot.com

Effective Microbe atau lebih dikenali dengan singkatan EM merupakan "bakteria baik" hasil kultur campuran dari mikroorganisma hidup yang membantu merencatkan pertumbuhan bakteria patogen / bakteria jahat yang ada dalam sistem tumbesaran.Kebaikan EM Dalam Pertanian- EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.- Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.- Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.- Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.- Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.Cara Guna- Sembur pada tanah dan pokok.Kebaikan EM Dalam Penternakan- Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.- Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.- Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.- Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.- Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.- Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.Cara Guna- Tambah EM dalam makanan dan minuman ternakan.- Sembur pada najis, lantai dan bangunan ternakan.- Masukkan EM dalam kolam ternakan.Selain itu, ia juga boleh digunakan dalam :- Pertanian / Landskap sebagai baja dan pembaikpulih tanah.- Merawat air dan alam sekitar seperti sungai, longkang dan pusat kumbahan.- Kegunaan dapur dan rumah iaitu menyingkirkan bakteria bahaya.HARGA SATU LITER RM 20.00


Untuk Tempahan Maman 0169368678






GARAM JILATAN TERNAKAN KAMBING DAN LEMBU



GARAM BUKIT / ROCK SALT
salam sejahtera.
apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.
KEBAIKAN GARAM BUKIT:
menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
melancarkan darah
menyuburkan kesihatan ternakan
membunuh kuman dalam udara
Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.
KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’
Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.


HARGA RM 4.00 SEKILO


BERAT SEBIJI DALAM 2.5 - 3.5 KILO.


HUBUNGI MAMAN 0169368678






Sunday, January 18, 2009

KAMBING AQIQAH


STOK KAMBING FERAL UNTUK AQIQAH. BERAT +- 40 KILOGRAM.

HARGA RM 580.00.


SILA HUBUNGI SEGERA MAMAN 0169368678






Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2008

HIKMAH BERQURBAN
Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sangup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yan melimpah-ruah.
Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.
Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN

Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata tanpa ada kecacatan yan nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.
Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.
Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat. Sumber http://www.al-azim.com/Hukum Korban
Korban hukumnya sunat dalam mazhab Syafie bagi orang berada atau miskin. Wajib dalam mazhab Hanafi bagi orang berada, sunat bagi orang miskin. Akikah hukumnya sunat dalam semua mazhab.
Waktu melakukan ibadah Korban
Korban boleh dilakukan selama 4 hari Hariraya Aidiladha.
Bolehkah diniatkan akikah semasa melakukan korban?
Boleh juga diniatkan akikah semasa korban, cuma kurang martabat dan nilainya berbanding korban. 7 bahagian daging korban (tidak termasuk akikah) akan menjadi seekor binatang tunggangan kita meniti titian sirat di hari akhirat.
Pembahagian daging
Tiap-tiap orang sunat makan daging korbannya sendiri (lembu yang dikorbankan). Menyalahi sunnah nabi sekiranya lembu A yang dikorban tetapi daging lembu B yang diberi. (dicampur-campur daging lembu A dan B). Hati, jantung, daging peha (depan, belakang) juga mesti dibahagi tujuh bahagian. Tulang rusuk juga mesti dibahagi 7, misalnya 2 batang/keping tulang seorang. Bahagian seperti kepala dan kaki tidak wajib dibahagi 7 (kaki cuma ada 4 kaki).
Bolehkah daging korban diberi kepada orang kaya?
Daging korban boleh diberi kepada orang miskin atau kaya tetapi tidak boleh diberi kepada orang kafir, walaupun orang itu juga melakukan ibadah korban.
Bolehkah daging korban disimpan?
Pada permulaan Islam tidak boleh, Nabi larang simpan daging korban. Namun akhirnya dibolehkan. Satu bahagian daging korban dibahagi tiga. 1/3 dari satu bahagian kita ambil, 2/3 dari satu bahagian dibahagikan. Daging korban yang boleh disimpan ialah 1/3 dari 1 bahagian yang dikorbankan. Daging akikah tidak boleh disimpan, hendaklah dihabiskan.
Sedekah pahala korban unuk Nabi
Nabi Muhammad s.a.w. juga telah mengorbankan dua ekor kibas yang besar salah satunya untuk dirinya dan yang satu lagi untuk umatnya. Kita juga sepatutnya melakukan korban untuk Nabi
Bahawasanya Nabi berkorban dua ekor kibas kedua-duanya berwarna putih bercampur hitam. Seekor untuk diriNya s.a.w dan seekor lagi untuk umatNya yang mengaku KeEsaan Allah ta’ala ( yang beriman) dan menyaksikan (mengaku) KeRasulanNya”.
SUMBER http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/12/04/ibadah-korban/



Thursday, October 30, 2008

TAHI KAMBING UNTUK BAJA

KAMI ADE MENJUAL TAHI KAMBING YANG BELUM DI PROSES. TAHI INI DIPERKAYA DENGAN EM SESUAI UNTUK PELBAGAI TANAMAN PERTANIAN.

HARGA SATU GUNI RM 5.00 SAHAJA.
TAMBAH RM 3 KALAU KAMI HANTAR DALAM DAERAHKUANTAN.

KALAU BERMINAT SILA HUBUNGI EN ZAMAN 0169368678.
STOK TERHAD.

Price: RM 5 + 3 ( transport )

KAMBING UNTUK AKIKAH, KORBAN DAN SEMBELIHAN


KAMBING UNTUK AKIKAH , KORBAN DAN KENDURI
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN KAMBING TERSEBUT SILA HUBUNGI

EN. ZAMAN -> 0169368678
ATAU
ACIK -> 0169510919

Kambing ini dijamin sihat, berkualiti mengikuti piawaian ternakan oleh Jabatan Veterinar ( Haiwan )
http://www.zamanagrofarm.blogspot.com/
EMAIL : zamanagrofarm@yahoo.com

Imam Syafi'e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya." (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
"Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ke tujuh, dan dicukur serta diberi nama." (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)