Monday, October 5, 2009

KEBEBASAN KEWANGAN MELALUI JALAN IBADAH..

Rezeki kekayaan yang di perolehi secara lapang, mudah, di redhai dan melimpah ruah merupakan impian setiap umat islam. Rahsia kekayaan yang terkandung dalam langit dan bumi, dari jalan yang tidak di sangka-sangka bukanlah durian runtuh. Tetapi usaha gigih dari jalan ilmu dan amal yang seiring.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT Nescaya Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.(Al-quran, Surah Ath-Thalaq ayat 2-3)

Saya ingin mengupas rahsia sebuah buku, Amalan Murah Rezeki Kekayaan: Berdasarkan Ilmu Hikmat Islam selenggaraan M. Ali Hassan Umar. Menurut para imam dan masyayikh: Imam Al Ghazali, As Sayuti, Ahmad bin Ali Al Bunni, Ad Dairabi, Ad Dumairi, At Talsani, Al Marzuqi, As Syazili, Abdul Qadir Jilani An Nazili, dan lain-lain,

satu-satunya cara yang mujarab dan mustajab untuk menarik, melapangkan, mempermudah, memperlancar dan mempercepat datangnya rezeki dan kekayaan adalah dengan amalan rohaniah berkat khasiat Al Quran, sembahyang, puasa, selawat, zikir dan doa.

BERAMAL DENGAN AL QURAN

Ada pelbagai surah dalam Al Quran yang dapat meluaskan rezeki. Al Waqiah dapat menolak kefakiran, pastinya amalan untuk menjauhkan muflis dan kerugian besar dalam perniagaan atau pelaburan. Cara beramal adalah membacanya setiap hari, pagi atau petang. Berdasarkan riayat Abu Ubaid, Al Harits, Abu Ya’la, Ibnu Murdaih dan Al Baihaqiy dari Ibnu Mas’ud ra. Berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda:

Siapa membaca surah Al Waqiah setiap malam maka tidak akan tertimpa kemiskinan, dan surah Al Waqiah itu merupakan surah yang menyebabkan kecukupan bagi pembacanya, maka bacalah dan ajarkan kepada anak-anakmu.

Juga boleh memperolehi kekayaan memdadak berkat rialat (tirakat) Al Waqiah, dengan melakukan perkara berikut:

1. Puasa 7 hari di mulai hari Jumaat
2. Setiap kali selesai solat fardhu, baca Al Waqiah 25 kali dan diakhiri malam Jumaat
3. Pada malam Jumaat yang penghabisan, baca sesudah solat maghrib sebanyak 25 kali. Lakukan ibadat amalan kebaikan sehingga masuk isyak. Selepas solat isyak, baca Al Waqiah sebanyak 125 kali. Kemudian baca selawat 1000 kali.
4. Selepas itu, setiap kali subuh dan maghrib, jadikanlah Al Waqiah itu wirid di baca sekali masing-masing. Dengan izin Allah akan berkatlah hasil surah tersebut.

Sukar? Tuan-tuan dan puan-puan, tiada jalan mudah untuk berjaya.

BERAMAL DENGAN PUASA & SOLAT

Saya petik salah satu amalan untuk memakmurkan hasil pertanian. Caranya dengan bangun malam sekitar jam 1, 2 atau 3 pagi, berwuduk dan solat hajat rakaat. Rakaat pertama, sesudah Al Fatihah bacalah Al Kafirun. Rakaat kedua, sesudah Fatihah baca Al Ikhlas. setelah salam, baca wirid ringan iaitu bismillah sebanyak 1000 kali. Selepas itu, berdoalah minta pertanian itu dapat hasil melimpah. Insya Allah, hasil akan berkembang sehingga menjadi kaya, banyak amal jariyah dan rajin beribadah.

Berpuasa untuk mencari pekerjaan bagi memudahkan rezeki adalah dengan puasa 2 hari pada hari khamis dan jumaat, minggu pertama dalam bulan Qomariyyah. Pada malam Jumaat ketika hendak tidur bacalah 3 ayat surah yusuf iaitu dari ayat 54-56. pada siang Jumaatnya sekitar jam 3 masih dalam keadaan puasa, tulislah ayat tersebut, lipat dan simpan denganbaik. Pada malam Sabtu menjelang tidur, bacalah la ila ha ilallah (1000x), subhanallah (1000x) dan astaghfirullah (1000x). Pada siang hari sabtu, gantung tulisan itu di luar rumah. Insya Allah, akan berjayalah anda mendapat pekerjaan.


SUMBER : www.born2bjutawan.blogspot.com

No comments: