Tuesday, November 3, 2009

TAWARAN KAMBING UNTUK HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H


TAWARAN KAMBING UNTUK HARI RAYA KORBAN DI BUKA UNTUK TEMPAHAN.

BERAT KAMBING DALAM PURATA 40-50 KILO...HARGA RM 650.00


KAMI MENYEDIAKAN KAMBING YANG SIHAT DAN CUKUP SYARAT UNTUK HARI RAYA HAJI INI.


HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK TEMPAHAN DAN PERTANYAAN ; MAMAN 0169368678






Monday, October 5, 2009

KEBEBASAN KEWANGAN MELALUI JALAN IBADAH..

Rezeki kekayaan yang di perolehi secara lapang, mudah, di redhai dan melimpah ruah merupakan impian setiap umat islam. Rahsia kekayaan yang terkandung dalam langit dan bumi, dari jalan yang tidak di sangka-sangka bukanlah durian runtuh. Tetapi usaha gigih dari jalan ilmu dan amal yang seiring.

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT Nescaya Allah akan memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangka.(Al-quran, Surah Ath-Thalaq ayat 2-3)

Saya ingin mengupas rahsia sebuah buku, Amalan Murah Rezeki Kekayaan: Berdasarkan Ilmu Hikmat Islam selenggaraan M. Ali Hassan Umar. Menurut para imam dan masyayikh: Imam Al Ghazali, As Sayuti, Ahmad bin Ali Al Bunni, Ad Dairabi, Ad Dumairi, At Talsani, Al Marzuqi, As Syazili, Abdul Qadir Jilani An Nazili, dan lain-lain,

satu-satunya cara yang mujarab dan mustajab untuk menarik, melapangkan, mempermudah, memperlancar dan mempercepat datangnya rezeki dan kekayaan adalah dengan amalan rohaniah berkat khasiat Al Quran, sembahyang, puasa, selawat, zikir dan doa.

BERAMAL DENGAN AL QURAN

Ada pelbagai surah dalam Al Quran yang dapat meluaskan rezeki. Al Waqiah dapat menolak kefakiran, pastinya amalan untuk menjauhkan muflis dan kerugian besar dalam perniagaan atau pelaburan. Cara beramal adalah membacanya setiap hari, pagi atau petang. Berdasarkan riayat Abu Ubaid, Al Harits, Abu Ya’la, Ibnu Murdaih dan Al Baihaqiy dari Ibnu Mas’ud ra. Berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda:

Siapa membaca surah Al Waqiah setiap malam maka tidak akan tertimpa kemiskinan, dan surah Al Waqiah itu merupakan surah yang menyebabkan kecukupan bagi pembacanya, maka bacalah dan ajarkan kepada anak-anakmu.

Juga boleh memperolehi kekayaan memdadak berkat rialat (tirakat) Al Waqiah, dengan melakukan perkara berikut:

1. Puasa 7 hari di mulai hari Jumaat
2. Setiap kali selesai solat fardhu, baca Al Waqiah 25 kali dan diakhiri malam Jumaat
3. Pada malam Jumaat yang penghabisan, baca sesudah solat maghrib sebanyak 25 kali. Lakukan ibadat amalan kebaikan sehingga masuk isyak. Selepas solat isyak, baca Al Waqiah sebanyak 125 kali. Kemudian baca selawat 1000 kali.
4. Selepas itu, setiap kali subuh dan maghrib, jadikanlah Al Waqiah itu wirid di baca sekali masing-masing. Dengan izin Allah akan berkatlah hasil surah tersebut.

Sukar? Tuan-tuan dan puan-puan, tiada jalan mudah untuk berjaya.

BERAMAL DENGAN PUASA & SOLAT

Saya petik salah satu amalan untuk memakmurkan hasil pertanian. Caranya dengan bangun malam sekitar jam 1, 2 atau 3 pagi, berwuduk dan solat hajat rakaat. Rakaat pertama, sesudah Al Fatihah bacalah Al Kafirun. Rakaat kedua, sesudah Fatihah baca Al Ikhlas. setelah salam, baca wirid ringan iaitu bismillah sebanyak 1000 kali. Selepas itu, berdoalah minta pertanian itu dapat hasil melimpah. Insya Allah, hasil akan berkembang sehingga menjadi kaya, banyak amal jariyah dan rajin beribadah.

Berpuasa untuk mencari pekerjaan bagi memudahkan rezeki adalah dengan puasa 2 hari pada hari khamis dan jumaat, minggu pertama dalam bulan Qomariyyah. Pada malam Jumaat ketika hendak tidur bacalah 3 ayat surah yusuf iaitu dari ayat 54-56. pada siang Jumaatnya sekitar jam 3 masih dalam keadaan puasa, tulislah ayat tersebut, lipat dan simpan denganbaik. Pada malam Sabtu menjelang tidur, bacalah la ila ha ilallah (1000x), subhanallah (1000x) dan astaghfirullah (1000x). Pada siang hari sabtu, gantung tulisan itu di luar rumah. Insya Allah, akan berjayalah anda mendapat pekerjaan.


SUMBER : www.born2bjutawan.blogspot.com

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA SERTA MAAF ZAHIR BATIN....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Semua Kengkawan, Geng2 Penternak, Geng2 Jab. Veterinar dan Pelanggan2 Zamanagrofarm.....

Maman...


Thursday, August 13, 2009

Formula Menjadi Jutawan Melalui Proses Kreatif

Untuk membina sesuatu daripada tiada apa-apa memerlukan satu proses yang spesifik. Berita baik untuk anda semua yang bercita-cita dan berkongsi impian serta matlamat seperti saya untuk menjadi jutawan ialah ia tidak memerlukan wang untuk mendapatkan wang.
..
Apa yang diperlukan ialah dengan mengikuti satu formula yang saya namakan Proses Kreatif. Ia terdiri daripada empat fasa...Fasa Pertama
Fasa yang pertama ialah mengetahui, percaya dan berangan-angan. Ini merupakan bentuk pemikiran dan mentaliti yang paling tinggi dan patut dimiliki oleh setiap orang. Apabila anda tahu anda akan mencapai taraf jutawan, memiliki kekayaan dan mencapai kebebasan kewangan dalam hidup, satu dorongan dan motivasi secara semula jadi akan wujud dalam diri. Ada sesetngah pihak memanggil ia 'Positive Knowing'. .
Pastikan anda ada kepercayaan ini. Ini membawa kepada ciri yang kedua iaitu mempercayai. Anda perlu yakinkan diri dan beritahu minda separa sedar yang anda percaya yang anda akan mencapai matlamat untuk menjadi seorang jutawan. Kadang-kadang jika ada orang yang bertanya tentang matlamat saya untuk menjadi jutawan empat tahun dari sekarang saya katakan, "Saya kurang pasti bila dan bagaimana secara spesifiknya tetapi saya PERCAYA saya akan mencapainya.".
Ia lebih kepada visi yang sukar dilihat dan dirasai oleh sesiapa pun, hanya diri sendiri yang lebih tahu. Jadi letakkan kepercayaan bahawa anda akan menjadi jutawan satu hari nanti. .
Ciri yang ketiga ialah berangan-angan. Anda harus mempunyai impian dan berangan-angan walau apapun keadaan pada masa kini dan akan datang. Jika anda telah berjaya memperolehi RM1 juta dalam hidup kelak, impikan untuk mendapat dua juta ringgit selepas itu. Jika anda telah mempunyai rumah, impikan untuk mempunyai sebuah rumah yang lebih besar dan cantik. Bukan sebab kita tamak tetapi impian harus ada dalam diri untuk mendorong seseorang itu menjadi lebih baik. Teruskan berangan-angan dan usaha ke arah mencapainya!
.
Fasa Kedua
Fasa ini dipanggil fasa berfikir. Pemikiran anda adalah diibaratkan sebagai satu tenaga. Berhati-hati dengan apa yang anda fikirkan kerana kajian yang dibuat menunjukkan apa yang terjadi dalam hidup kita adalah hasil daripada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan dunia ini banyak wang maka dunia ini sememangnya banyak wang untuk diperolehi. Jika kita fikir hidup ini indah dan orang ramai sangat baik dan membantu, itulah yang akan anda rasai dan fikirkan.
..
Gunakan pemikiran anda ke arah yang positif dan ia bukan sahaja akan membantu anda dalam usaha menjadi jutawan malahan ia akan menarik perkara yang positif dalam hidup.
.
Fasa Ketiga
Ia dipanggil percakapan anda. Selalunya percakapan yang anda tuturkan lahir daripada apa yang anda fikirkan. Jika anda katakan dan beritahu semua orang yang anda akan mencapai kedukan kewangan yang lebih baik maka perkara itu tidak mustahil akan berlaku.
.
Ada satu keadaan saya sendiri alami apabila berkunjung ke rumah kawan. Dia kata, "Alamak..susah sungguh nak jaga budak-budak sekarang ni, nakal sungguh, tak dengar kata". Tak lama lepas tu, cuba teka apa yang saya lihat?
Memang anak dia nakal dan agak lasak. Jagi berhati-hati dengan apa yang anda tuturkan kerana ia selalu bertukar menjadi kenyataan kelak. Begitu juga matlamat anda, ia harus diulang setiap hari sekurang-kurangnya lima kali.
.
Fasa Keempat
Yang terakhir ialah melakukan. Anda perlu laksanakan apa yang anda ingin buat setelah segala perancangan telah siap. Jangan tunggu sehingga semua perkara okay baru untuk mulakan. Anda perlu lakukan sahaja dengan apa sahaja sumber yang ada, yakin dan belajar daripada kesilapan dan tingkatkan diri anda selangkah demi selangkah. Bak kata iklan komersil NIKE, Just do it!
.
Proses kreatif ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan sebagai tambahan untuk mejadikannya lebih berjaya,ini tip berguna. Untuk mempastikan proses kreatif berjaya apa yang perlu dilakukan ialah dengan mengundurkan proses kereatif iaitu anda perlu lakukan apa yang ingin anda lakukan, bercakap dan beritahu semua orang, berfikir dan kemudian berimpian dan kemudian mempercayai dan kemudian mengetahui. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!


Success = (S+K) x A

Formula di atas bagi saya adalah yang paling penting untuk berjaya di dalam perniagaan, di mana S (Skill), K (Knowledge) dan A (Attitude). Bayangkan A = 0, hasilnya 0. Dengan itu maka jelaslah di sini, kejayaan sesuatu perniagaan adalah amat bergantung kepada sikap seseorang kerana walau sebanyak mana pengetahuan dan skil yang ada pada seseorang usahawan tapi jika sikapnya tidak bersungguh-sungguh atau mudah berputus asa maka dia tidak akan berjaya.
..
Contoh yang paling biasa diketengahkan ialah pengasas KFC iaitu Kolonel Saunders yang pada peringkat awalnya cuba menjual idea perniagaan ayam goreng kepada lebih 1000 restoran tetapi mendapat penolakan. Bayangkan kalau beliau berputus asa dan tidak meneruskan usahanya itu.
..
Begitu juga adik-beradik Wright yang mencipta kapal terbang. Jika mereka mendengar pandangan orang lain yang usahanya tidak berjaya serta ditambah dengan banyak kegagalan dalam percubaannya, nescaya kita tidak akan dapat melihat kapal terbang sehingga kini.
Posted by Nizamsky at 18:13


4 sikap pemusnah perniagaan

saya ingin bercakap tentang sikap-sikap buruk yang boleh menghalang seseorang itu dari mencapai kejayaan di dalam perniagaannya.
1) Tidak boleh diharap
Ini adalah masalah utama kebanyakkan ahli-ahli perniagaan kecil. Ketidakcekapan di dalam mengurus masa, tidak berupaya menghantar produk/perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan serta tidak mampu berdikari adalah beberapa penyebab pelanggan menjauhkan diri dari peniaga tersebut.
Jika anda adalah seorang peniaga, anda perlulah menenpati janji, membuat panggilan semula kepada pelanggan-pelanggan anda serta penuhi harapan pelanggan anda. Kebanyakkan pelanggan tidak akan menyuarakan ketidakpuashatian mereka kepada peniaga, mereka hanya senyap , berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Kemudian, anda sebagai peniaga akan mula terpinga-pinga dan menyalahkan keadaaan ekonomi yang kurang memberangkan pada waktu ini.
2) Mengurangkan harga
Seringkali, peniaga-peniaga akan cuba menurunkan harga produk mereka sebagai satu teknik untuk memenangi hati pelanggan. Kalau buat sesekali sempena perayaan atau pesta jualan murah tu.. oklah juga. Tapi kalau selalu sangat dan menjadikan “harga murah” sebagai salah satu prinsip perniagaan anda. Ia kadangkala boleh memberikan kesan buruk kepada perniagaan anda. Keuntungan yang terlalu sedikit kadangkala menyukarkan anda untuk menampung kos pengeluaran anda. Selain itu, harga produk @ servis yang terlalu murah juga, boleh memberikan anggapan bahawa produk & perkhidmatan anda kurang bermutu.
Saya pernah melihat seorang pemilik restoran yang mengeluh kerana kenaikan harga barang-barang mentah seperti tepung, gula, susu, tepung dan sebagainya. Dia juga berasa agak keberatan untuk menaikkan harga jualan makanan di restoran beliau. Beliau berpendapat, jika beliau menaikkan harga makanan di restoran beliau, sudah pastinya ramai pelanggan beliau akan lari. Disebabkan itu, beliau mengalami sedikit masalah untuk membayar beberapa bil operasi perniagaan beliau seperti bil elektrik , air dan sebagainya.
Tetapi, apa yang menariknya, tidak jauh dari restoran beliau itu, terdapat sebuah lagi restoran makanan yang menjual makanan yang sama dengan restoran beliau, tetapi harganya 50sen lebih mahal. Dan restoran tersebut.. sentiasa dipenuhi orang..
Kadang-kala.. realiti adalah jauh berbeza dari apa yang kita bayangkan..
3) Tidak meminta/menerima nasihat
Seringkali juga, mereka-mereka yang ingin memulakan perniagan, tidak mahu menermima sebarang nasihat tentang bagaimana hendak memulakan perniagaan. Dan ini, adalah salah satu sebab mengapa 97% perniagaan gagal pada 3 tahun pertama mereka. Memandangkan perkara itu, adalah lebih bijak sekiranya anda, mendapatkan khidmat nasihat dari yang pakar tentang perniagaan yang ingin anda ceburi.. ketahui apakah kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh orang ramai di dalam memulakan perniagaan dan cuba elakkannya.
Jangan terlalu takut untuk mengeluarkan wang anda untuk melabur kedalam ilmu-ilmu serta khidmat nasihat pakar. Anda boleh membeli buku, majalah, menghadiri seminar dan sebagainya. Kos pelaburan itu lebih murah jika hendak dibandingkan dengan masa, usaha dan tenaga anda di dalam membuat sesuatu yang membawa kepada kegagalan.
4) Minda ingin cepat kaya
Satu sikap yang sering merosakkan operasi perniagaan adalah kerana sikap pemiliknya yang mempunyai nafsu serakah yang sangat kuat. Pantang ada untung lebih skit, mereka akan ambil duit tersebut dan menggunakannya untuk membeli sesuatu yang dapat memuaskan nafsu mereka seperti kereta mewah, sofa baru, TV plasma, baju berjenama mahal , kasut LV dan sebagainya. Tingkahlaku sebegini sudah pastinya akan menganggu aliran tunai di dalam sesebuah perniagaan, lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut baru bermula.
Ada juga sesetengah pemilik perniagaan yang beranggapan,perniagaan beliau akan mendapat keuntungan yang besar pada hari pertama beliau membuka perniagaan beliau. Untuk membina sebuah perniagaan yang kukuh dan stabil, memerlukan masa dan pengalaman. Malangnya, ramai usahawan yang tidak sabar dan mudah berputus asa, sekaligus menutup peluang-peluang yang mampu menjadikan perniagaan mereka berjaya.
Jadi, jika anda adalah seorang usahawan yang sengsara di dalam perniagaan anda, pastikan ianya tidak berpunca daripada sikap anda.


3 faktor penentu kejayaan perniagaan anda

Di dalam apa-apa jua perniagaan pun.. terdapat 3 faktor yang akan mempengaruhi sama ada perniagaan itu akan berjaya atau gagal. Tidak kiralah sama ada ia perniagaan konvensional. perniagaan internet, perniagaan mlm mahupun perniagaan jalanan. 3 faktor yang akan saya nyatakan ini, adalah faktor asas..
1) Komitmen Diri
Apabila anda ingin menjalankan sesuatu perniagaan, faktor yang paling utama ialah mengenai diri anda. Sejauh mana anda dapat memberikan komitmen kepada perniagaan anda? Kebanyakkan perniagaan gagal adalah disebabkan oleh kurangnya komitmen daripada pengusaha perniagaan tersebut.
Sebagai contoh, perniagaan kedai roti. Bolehkah anda membuka kedai anda ikut suka hati anda?… Hari isnin anda buka… hari selasa anda tutup.. hari rabu. anda buka setengah hari… tapi kalau rasa-rasa macam malas.. anda tak buka langsung. Kemudian, lain hari.. kalau rasa sangat rajin.. and abuka kedai roti anda dari pagi sampai malam. Esoknya, rasa penat, buka setengah hari.. sebelah petang sahaja!
Oh!.. 2 bulan…. kompem.. kedai tutup terus…
Begitu juga dengan perniagaan internet, khususnya perniagaan yang berasaskan perkhidmatan. Hari ini, layan customer.. sangat cemerlang dan pantas.. esok, lambat sedikit.. lusa.. sebab ada exam.. 2-3 hari tak reply email. Lepas exam.. laju semula… ya.. ini adalah masalah yang seringkali dialami oleh mereka yang menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar. Tidak ada salahnya untuk anda menjalankan perniagaan internet sewaktu sedang belajar.. tetapi seelok-eloknya pastikan anda mampu memberikan komitmen yang “sebaiknya”. Kalau boleh, elakkan perniagaan yang berbentuk “servis” (seperti webhosting & training).. kerana perniagaan yang berbentuk servis selalunya, memerlukan “komitmen” yang tinggi. (lainlah kalau anda mampu mengupah pekerja.. itu lain citerlaa..). Customer yang “ganas”…. tidak akan peduli sama sekali apa masalah anda.. anda tgh exam ke? tgh putus cinta ke? mereka peduli apa?… itu masalah anda.. bukan masalah mereka.. apa yang mereka tahu, mereka bayar anda dan mereka mahukan produk (hak) mereka.. business is business.. if you can’t serve or deliver.. you better not doing a business.. pergh!
2) Produk yang berkualiti
Faktor yang kedua ialah produk. Jika anda berkomitmen tinggi sekali pun.. tetapi jika produk anda tidak bagus! Perniagaan anda pasti akan gagal.
Siapa yang nak beli roti yang masin & keras?Siapa nak beli pencuci muka yang boleh menyebabkan kulit muka mengelupas?..Siapa yang nak beli hosting yang selalu down 24/7?Siapa yang nak beli webdesign yang buruk dan menghinakan?
Jadi… sebelum anda menjual apa-apa produk.. pastikan produk anda berkualiti!Bagaimana nak tahu ia berkualiti atau tidak? Ada banyak cara.. boleh gunakan kaedah beta tester, produk review, product consultation ataupun benchmark score.
3) Strategi Pemasaran (Marketing Strategy)
Ini juga adalah merupakan faktor utama yang akan menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu berjaya atau tidak. Strategi pemasaran adalah termasuk kaedah promosi, lokasi perniagaan (bagi perniagaan konvensional) , pembungkusan produk, pengiklanan, pricing, branding dan sebagainya. Saya kira ramai yang sudah tahu tentang perkara ini.
Bagi perniagaan konvensional.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. lokasi.. lokasi.. lokasi..
Bagi perniagaan internet pula.. perkara yang paling utama dalam strategi pemasaran ialah.. promosi.. promosi.. promosi..
Tanpa strategi pemasaran yang baik… tidak ada gunanya anda mempunyai produk yang terbaik di dunia serta komitmen diri yang tinggi menggunung. Ia tidak akan berhasil. Jadi, rangka dan laksanakan strategi pemasaran anda sebaik mungkin.
Ok.. itulah antara 3 faktor penting yang dapat saya kongsikan dimana, ianya akan mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan . Oleh itu, jangan sesekali mengabaikan dan ambil mudah 3 faktor ini, ia adalah faktor kritikal untuk menentukan kejayaan ataupun kegagalan perniagaan anda.