Tuesday, July 28, 2009

ZAMAN AGROFARM MENYERTAI KONVOI KE MELAKA...

Salam Sejahtera...

Pada 25-26 .7.09 , Saya dan isteri serta ditemani oleh anak hazril Syahmie telah menyertai konvoi lawatan ke kandang kambing di Melaka. Konvoi ini merupakan anjuran Agroworld Biotech yang diuruskan oleh Pengurus Pemasarannya Cik Mimiey. selepas balik koja, Saya telah bertolak ke Negeri Sembilan dan menginap di rumah sepupu ( En. Hasram Ramli )di Seremban.

Pada Sebelah pagi 25.7.09, saya menuju kearah lebuhraya utara selatan entah macamana tersesat pula dalam bandar Seremban. Terus menuju ke Tol Simpang Ampat dan menunggu Konvoi yang telah berhimpun di R & R Seremban.


Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakamkan sewaktu konvoi tersebut. Terimakasih Cik Harna kerana bagi gambar ni.....seronok punya pasal sampai terlupa bawa kamera sendiri. .
lokasi pertama kami ialah ke Kandang Cikgu Halim. Banyak maklumat yang diperolehi terutama darisegi pemakanan kambing . habis semua keluar ayat fizik , kimia dan bio sampai aku pun tak paham...maklumlah cakap dengan cikgu.



Inilah Cikgu Halim....dengan semangat memberi penerangan.


Selesai sudah lawatan ke Kandang Cikgu Halim...Terima kasih diatas Ilmu yang yang dicurahkan....











Rombongan kami telah menuju ke SGI intergrated yang diuruskan oleh En. Norman. ( muka macam norman hakim )...Gambar-gambar dikandang Sgi intergrated


Disin kami dapat mempelajari sistem rekod dan pengurusan ladang.











Kandang ini tersergam indah...wah hebat...budget pun besau...tapi kandang ni kreatif dan boleh dikatakan yang terbaik jugak le...



Acara bergambar ramai-ramai....Terima kasih jugak pada En Hamid dari mix goat , sg udang melaka kerana turut serta. Kalau dengar cerita daripada en hamid ni...wah hebat....kalau lah ada orang macam en hamid ni kat kuantan....nescaya kebajikan dan kemajuan ternakan di kuantan ni akan berjaya...SEMANGAT BELIAU DAN RAKAN-RAKAN DALAM BERPERSATUAN PERTERNAKAN KAMBING BUMIPUTRA MELAKA BEGITU TINGGI...




Teknik mengesan ibu kambing mengandung telah diajar oleh En. Hamid, untuk mengetahui ibu kambing itu mengandung ....caranya dengan tidak memberi makan selama 2 hari dan cuma beri air saja pada kambing tersebut kemudian dengan menggunakan tapak tangan pegang dibawah perut kambing seperti gambar sebelah. kita akan dapat merasakan anak kambing jika ia mengandung.





Setelah selesai taklimat dan sesi bergambar , konvoi kami telah bergerak menujuk ke tempat penginapan SEMABOK INN HOTEL.
Pada sebelah malam nye pula , kami menuju ke restoren terapung umbai , melaka untuk menikmati jamuan makan malam.....













Sedang menikmati makan malam sambil bercerita tentang kambing....kambing ...kambing terutama cerita daripada Pok Azam, hok dok bukit diman, teganu....Lepas ni kawe nak gi lawat kandang Pok. Dia nak ajar tentang pemakanan kambing dan silaj.



Menikmati sarapan pagi di semabok inn sambil melayari internet dan syahmie asyik main keta BEN 10 dia jer...makan pun tak nak.














Destinasi seterusnya konvoi kami menuju je Kandang Tuan Haji Omar...sampai jer kandang pagar berkunci.. terpegun melihat rumput napier yang ditanam begitu tersusun dan cantik-cantik belako.








Penerangan diberikan oleh Haji Omar , orangnya cool ajer, Penternakan baginya adalah satu hobi , tapi pelaburan untuk penternakan kambing ni pun hebat jugak...













KANDANG YANG TERSERGAM INDAH....






Lawatan ke tapak kawasan penanaman napier....bersistematik.....geram lihat sebab kawe tanam tak jadi macam ni.......Tolonglah ajar kawe......

Rupa-rupenyer....kawe tanam ikut hentam sajelah labu....macamana nak jadi...kawe balik dan berjanji akan jadikan ianya berjaya......InsyaAllah.










Baru ana paham.....Balik nanti MULAKAN...jangan tunggu lagi....









Syahmie begitu bersemangat berjalan dalam kawasan napier...tapi mainan kat tangan tak lepas-lepas...








"DO THE BEST ,BE THE BEST' ....ZAMANAGROFARM BOLEH........

seterusnya konvoi kami ke merlimau melaka untuk melawat kandang yang terakhir iaitu Azam Bast Farm. Kandang ini dimiliki oleh En Khairul Azam.



Sedang melihat kambing2 di kandang Azam Best farm. Lebih kurang pukul 445 petang saya dan isteri serta anak telah bertolak pulang ke Kuantan ... TERIMA KASIH SEKALI LAGI AGW YANG MENGANJURKAN PROGRAM INI DAN TUAN-TUAN EMPUNYA KANDANG...DI HARAP ILMU YANG DIPERLEHI DAPAT DI GUNAKAN UNTUK KEMAJUAN DALAM ARENA PENTERNAKAN.....DAN IANYA JUGA DAPAT DIJADIKAN SATU 'NETWORKING YANG BERTERUSAN DIKALANGAN PENTERNAK........

SAYANORA MELAKA........HOPE SEE U AGAIN IN INDONESIA......